Tuesday, May 22, 2012
Almond Cluster
Ni resepi yang sangat simple dan senang nak dibuat. Kat rumah takde stok almond nibs, so I used some mixed cereals, cocoa pops, rice krispies instead. Jadilah macam chocolate crispy tu.
Almond Cluster
Bahan:
Almond Nibs ~ roasted dalam oven/ goreng tanpa minyak dalam kuali
Chocolate masakan
Cara:
1. Cairkan chocolate masakan, double boil.
2. Tuang chocolate cair ke dalam bekas berisi almond/cereal, gaul rata.
3. Sudukan kedalam paper cup.
4. Boleh hias dengan white chocolate yg dah dicairkan.
5. Biar chocolate keras dan sejuk sebelum disimpan dalam bekas.
Masak sup ni weekend lepas. Ramai yang batuk, hirup sup panas, lega sikit. Makan dengan roti, sedappp..
Beli lada merah ni di pasaraya, tak perasan sebab dalam peket. Bila buka baru nampak ada cili kembar...
Labels:
Cookies
Kuih Keramat
KUIH KERAMAT
Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
5 tbsp gula
1 tsp soda bikarbonat
1 paket yis
1 biji telur
1 1/2 cawan air
Secubit garam
1 tbsp marjerin/butter
Minyak masak secukupnya
Cara :
1. Satukan gula, garam, soda bikarbonat,yis (dilarut dlm 1/2 cawan air),marjerin dan telur. Kacau sebati.
2. Masukkan air, kacau lagi sehingga larut semuanya.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-lahan. Uli hingga menjadi doh dan tidak lembik.Biarkan adunan seketika sehingga naik 2x ganda.
4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak agar ia tidak melekat, uli dan bentukkan memanjang.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
Labels:
Kuih-Muih
Tuesday, May 15, 2012
Mother's Day Surprise
Every mother is a working woman, but a mother who stays home actually works round the clock, 24x7. Never gets a day off or sick leave. Demam pun kena keja..I have no regrets leaving a well paid job 7 years ago, seeing the kids grew up in front of my eyes, nurtured by me. At least, I don't have the never ending stress of maid problems like before..
The kids nak buat surprise, baking a cake for me whilst I attended my sunday night classes. Tapi kan, when I got home, kek masih dalam oven lagi belum masak. And I was wondering, sape lah bakar kuih memalam ni..
The girls first time bake a cake, refering to resepi from this blog...berguna juga kan, simpan resepi2 ni.
Labels:
family
Thursday, May 10, 2012
Red Velvet Cuppies for the birthday girl
Today is my youngest girl's birthday. Alya is 10 years old!
She wanted this cake for her birthday. First time buat dulu, toppingnya tak menjadi. Today, we are having Red velvet cuppies je...senang sikit nak deco..
Found this simple recipe on the net. Thank you for sharing.
Red Velvet Cake
Source: Saba ShiawaseMrsBangpek
Bahan - bahan:
Bahan A
2 1/2 cawan tepung gandum + 1 tsp baking powder ~ diayak
1/2 cawan mentega
1/2 cawan gula icing
2 biji telur
1 tbsp esen vanilla
1 cawan sour cream ~ jika tiada boleh guna whipping cream + 1/2 biji (limau nipis/lemon)
Bahan B
1 tbsp cocoa powder + 50 ml warna merah ~ buat yg ini dahulu sebelom bahan A ,ketepikan
Bahan C
1 tsp soda bicarbonat + 1 tbsp apple cider (cuka apple)~ jika tiada boleh guna cuka makan
** buat yg ini dahulu same seperti bahan B
Cara Memasak:
1. Satukan bahan B kemudian ketepikan
2. Satukan bahan C kemudian ketepikan
3. Pukul mentega dengan gula icing sehingga kembang
4. Masukkan telur, esen vanilla, dan sour cream pukul sehingga kembang
5. Kemudian Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
6. Kemudian Masukkan bahan B dan bahan C
7. Kemudian bakar dgn api yg sederhana 150C, api atas dan bawah selama 25-30 minit sehingga masak
** Untuk Cream Cheese Frosting
250g cream cheese
250 mascarpone - kalau tak jumpa, guna cream cheese biasa pun boleh
1 cawan gula kastor
11/2cawan whipping cream
1/2 sudu esen vanilla
Cara-caranya:
1. Pukul Cream cheese + mascarpone sehingga gebu.
2. Kemudian masukkan gula kastor, esen vanilla dan whipping cream.Putar sehingga sebati.
3. Sedia utk dihias
Birthday girl enjoying her cupcake. Dia hias sendiri topping tu...
Wednesday, May 9, 2012
Chocolate Lava Cake
My little one came back from school last friday full of stories about this cake. It seems that one of his classmate brought this cake to school, and gave him a piece and he loveeees it.
As usual, 'Ibu boleh buatkan kek tu tak masa birthday huzaifah nanti....sedap, dalamnya ada coklat, mak kawan beli banyak kat XXXX pizza.' Alahai anakku, tahun depan baru next birthday, lamanya nak kena tunggu...kesiannn pulak.
So, ibu pun dengan bantuan pak cik google, pergi le jejalan di alam maya....cari-cari resepi yang sesuai..
Original recipe dari SINI.
CHOCOLATE LAVA CAKE
Bahan-bahan:
1 cawan dark chocolate ~ dicicncang
6 tbsp mentega ~ cairkan
2 biiji telur
3 tbsp gula castor
3 tbsp tepung
1 tbsp serbuk koko
secubit garam
Cara:
As usual, 'Ibu boleh buatkan kek tu tak masa birthday huzaifah nanti....sedap, dalamnya ada coklat, mak kawan beli banyak kat XXXX pizza.' Alahai anakku, tahun depan baru next birthday, lamanya nak kena tunggu...kesiannn pulak.
So, ibu pun dengan bantuan pak cik google, pergi le jejalan di alam maya....cari-cari resepi yang sesuai..
Original recipe dari SINI.
CHOCOLATE LAVA CAKE
Bahan-bahan:
1 cawan dark chocolate ~ dicicncang
6 tbsp mentega ~ cairkan
2 biiji telur
3 tbsp gula castor
3 tbsp tepung
1 tbsp serbuk koko
secubit garam
Cara:
- Panaskan oven pada 160 celcius.
- Cairkan coklat dgn mentega. Boleh guna microwave atau cara Bain Marie.
- Masukkan serbuk Koko. Gaul sebati dan ketepikan.
- Pukul telur dengan gula selama 3 minit.
- Campurkan adunan dengan adunan coklat tadi.
- Masukkan tepung dan garam. Gaul sebati.
- Tuangkan dalam bekas ramekin yg dah digriskan. Boleh griskan ramekin dengan mentega dan gula halus.
- Masukkan ramekin dalam freezer selama 5 minit atau bahagian bawah 15 minit.
- Keluarkan dari freezer dan bakar selama 11 minit. Adunan tak boleh bakar lebih dari 15 minit.
- Keluarkan dan biarkan selama 3 minit. Keluarkan dari ramekin dan hidangkan.
Labels:
cakes
Subscribe to:
Posts (Atom)