As usual, 'Ibu boleh buatkan kek tu tak masa birthday huzaifah nanti....sedap, dalamnya ada coklat, mak kawan beli banyak kat XXXX pizza.' Alahai anakku, tahun depan baru next birthday, lamanya nak kena tunggu...kesiannn pulak.
So, ibu pun dengan bantuan pak cik google, pergi le jejalan di alam maya....cari-cari resepi yang sesuai..
Original recipe dari SINI.
CHOCOLATE LAVA CAKE
Bahan-bahan:
1 cawan dark chocolate ~ dicicncang
6 tbsp mentega ~ cairkan
2 biiji telur
3 tbsp gula castor
3 tbsp tepung
1 tbsp serbuk koko
secubit garam
Cara:
- Panaskan oven pada 160 celcius.
- Cairkan coklat dgn mentega. Boleh guna microwave atau cara Bain Marie.
- Masukkan serbuk Koko. Gaul sebati dan ketepikan.
- Pukul telur dengan gula selama 3 minit.
- Campurkan adunan dengan adunan coklat tadi.
- Masukkan tepung dan garam. Gaul sebati.
- Tuangkan dalam bekas ramekin yg dah digriskan. Boleh griskan ramekin dengan mentega dan gula halus.
- Masukkan ramekin dalam freezer selama 5 minit atau bahagian bawah 15 minit.
- Keluarkan dari freezer dan bakar selama 11 minit. Adunan tak boleh bakar lebih dari 15 minit.
- Keluarkan dan biarkan selama 3 minit. Keluarkan dari ramekin dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment