KUIH KERAMAT
Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
5 tbsp gula
1 tsp soda bikarbonat
1 paket yis
1 biji telur
1 1/2 cawan air
Secubit garam
1 tbsp marjerin/butter
Minyak masak secukupnya
Cara :
1. Satukan gula, garam, soda bikarbonat,yis (dilarut dlm 1/2 cawan air),marjerin dan telur. Kacau sebati.
2. Masukkan air, kacau lagi sehingga larut semuanya.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-lahan. Uli hingga menjadi doh dan tidak lembik.Biarkan adunan seketika sehingga naik 2x ganda.
4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak agar ia tidak melekat, uli dan bentukkan memanjang.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
No comments:
Post a Comment