Monday, June 25, 2012

Roti Paung

First time jumpa roti ni, masa kami pergi jalan di Kuala terengganu. Bawa anak-anak tengok orang canting batik di noor arfa. On the way tu, nampak ada kedai kecik, sebelah gerai, jual roti paung berderet2. Beli 2 bungkus sekali ngap je bebudak ni, licin. Makan panas-panas memang sedap. Ada memacam inti, tapi yg disukai ramai ialah inti planta/butter. Inti kacang merah pun ok juga.

Since kalau kami pergi terengganu masa balik cuti raya, memang kedai ni tak buka la kan. orang jualan selalunya raya ketiga. So, kita buat le sendiri, dapat banyak, dan puas anak-anak makan. Resepi ni dapat dari internet, dah diubah suai sikit.















ROTI PAUNG

Bahan-bahan

300 gm tepung

80 gm gula

40 gm susu tepung

1 biji telur ~  tinggalkan sikit untuk sapu pada atas roti nanti.

1 tsp yis tambah 1/2 cawan air suam ~ atau guna 100ml air suam +50ml susu segar

1 tbsp majerin

1/2 tsp pelembut roti (bread softener)

sedikit bread improver (1/2 tsp)


Note: untuk sapu atas roti, ambil lebihan telur+dua tiga titik madu dan 1 sudu susu segar) salah satu tips untuk mendapatkan permukaan roti yang berkilat dan cantik. Bila dah masak tu tak perlu lagi disapu dengan marjerin.

CARA:

1.Campurkan, tepung + gula + susu tepung + bread improver , gaul rata, kemudian lubangkan tengah dan masukkan telur.
2.Masukkan majerin dan gaul rata, selepas itu masukkan yis, bread softener dan uli hingga lembut dan kenyal.
3. Perap doh dan biarkan naik dua kali ganda, kemudian tumbuk-tumbukkan, keluarkan angin.
4. Cubit sedikit doh dan bulat-bulatkan menjadi 16 bahagian keci l(atau lebih kurang ikut saiz loyang anda) dan letakkan dalam acuan loyang bulat.
5. Biarkan naik dua kali ganda dan sapu permukaan roti dengan baki telur yang dicampur madu dan susu tadi.
6. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau sehigga permukaan roti perang.
4. Setelah masak keluarkan dari oven dan biar sejuk sedikit. Sedap dimakan ketika masih panas-panas suam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...