Monday, April 1, 2013

Karipap Daging

Baru-baru ni buat karipap ni banyak sebab nak frozen kan, senang bila nak goreng pagi-pagi buat breakfast sebelum ke sekolah.

 


Balik sekolah petang, cari lagi, memang tak makan nasi kekadang anak-anak ni,

Resepi kali ni di ambil dari SINI ya.

RESEPI KARIPAP

Untuk kulit karipap:
2 cawan tepung gandum
2 tbsp majerin
1/4 cawan air ~ campur dgn sedikit garam

Cara membuat kulit:
1. Masukkan majerin ke dalam tepung. Ramas tepung & majerin hingga rata. 
2. Kemudian masukkan air yg di bubuh sedikit garam sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh. Jangan terlebih air utk mendapatkan kulit yg rapuh. 

Untuk Inti:
3 biji kentang dipotong dadu. 
200g daging cincang 
2 sudu besar rempah kari daging 
1 labu bawang besar dipotong dadu 
5 ulas bawang merah-ditumbuk 
2 ulas bawang putih -ditumbuk 
1 sudu besar udang kering-ditumbuk 
Setangkai daun sup }dihiris 
Sedikit gula & garam

Cara membuat inti:

1. Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih hingga kekuningan. 
2. Masukkan rempah kari, bila agak garing masukkan udang kering. 
3. Masukkan daging dan kentang. Kacau sehingga setengah masak masukkan gula dan garam secukup rasa. 
4. Sebelum diangkat masukkan daun sup.


Tips:
1. Kalau nak kentang cepat empuk dan inti cepat siap, kentang yang telah dipotong hendaklah direbus dahulu sehingga separuh masak. Baru lah di masukkan ke dalam kuali inti.
2. Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...