Tuesday, May 21, 2013

Puding Raja


Sekarang ni cuaca di sini amat panas dan terik sekali. Tak sanggup nak berlama di luar rumah kalau tak kerana ada urusan. Lepas mandi, masih berpeluh lagi. 

Resepi ni asalnya dikongsikan oleh Tengku Puan Pahang, Tengku Hajah Azizah Aminah dalam buku masakannya bertajuk "Air Tangan Tengku Puan Pahang". Saya sedang mencari buku ini untuk koleksi. Kalau sesiapa ada terjumpa dimana2 yang menjual buku ini, please inform saya. DH tak pernah makan puding ni walaupun lama menetap di Pahang..Jala emas pun dia tak pernah tengok..ishh..apa lagi la kita ni yang asal Johor, dengar pun tak pernah..


Jala emas ni agak leceh sikit nak buat, tapi bahannya senang aje.

RESEPI JALA EMAS

Bahan-Bahan:

15 biji kuning telor ayam kampung  ~saya guna telor ayam biasa
500 gm gula pasir  ~saya kurangkan jadi 450
1 liter air
6 helai daun pandan

Cara:

1. Asingkan kuning telor dari putihnya. (ambil telor dari peti sejok kerana mudah untuk diasingkan ketika sejuk)
2. Tapiskan kuning telor kedalam bekas, biarkan sebentar pada suhu bilik.
3. Masukkan kedalam bekas untuk dikirai seperti roti jala. Saya gunakan bekas yang dibeli di Daiso untuk simpan mayonnaise, yang bercorong halus tiga.
4. Campurkan air, gula & daun pandan ke dalam periuk, masak hingga mendidih, padam.
5. Tapis air gula tadi kedalam kuali, didihkan semula dengan api sederhana sehingga agak pekat sedikit.
6. Kirai telor tadi menjadi juraian halus jala emas. Jika air gula dah pekat sangat, tambahkan sedikit air panas.
7. Angkat dan toskan. Leraikan gumpalan jala emas dengan garfu perlahan-lahan agar tidak putus.


Original resepi dari buku: AIR TANGAN TENGKU PUAN PAHANG
RESEPI PUDING RAJA

Bahan-bahan:

4 sikat pisang lemak manis ~ dibuang kulit
1 cawan biji gajus ~ goreng dengan sedikit minyak sapi hingga perang
2~3 genggam jala emas
200 gm buah prune ~ belah 4
ceri merah /hijau
sedikit strawberry ~ saya tambah untuk kurangkan rasa manis
2 tbsp minyak sapi
minyak untuk menggoreng

Untuk Kuah puding:
Bahan-bahan:

1 tin susu cair
1 biji telor
1 tin air ~ saya suka berkuah
1 tbsp tepung kastad
4 tbsp gula ~ nak manis boleh lebihkan
1 tsp esen vanila
daun pandan ~ disimpul

Cara-cara untuk kuah:
1. Pukul telor dengan gula, masukkan vanilla, gaul rata.
2. Masukkan susu dan air, gaul hingga sebati.
3. Masukkan daun pandan.
4. Masak atas api sederhana. Kacau selalu agar tidak bergentel dan hangit.
5. Biar mendidih, padam api. Keluarkan daun pandan.

Untuk Puding Raja:
1. Goreng pisang dalam minyak panas bercampur dengan minyak sapi hingga jadi warna coklat.
2. Kedap dengan tisu untuk serapkan minyak.

Untuk menghidang:
1. Aturkan pisang goreng 2~3 lapis dalam bekas.
2. Tabur jala emas.
3. Atur prun, ceri, gajus & strawberry.
4. Tuang kuah di atasnya bila sedia dimakan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...