Tuesday, December 23, 2014

MEE KARI

Sedap mee kari ni, resepi asal dari SINI




RESEPI MEE KARI


Bahan Untuk Menumis 
1 senduk minyak masak
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 tangkai daun kari di raut
2 batang serai di titik perdunya

Bahan Kisar
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 batang serai ~ ambil bahagian putihnya sahaja
1 inc lengkuas
2 inc halia
3 biji buah keras
1/2 cawan udang kering ~ di rendam hingga lembut dan kisar
20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan kisar halus
4 sudu besar rempah kari Baba's

Bahan Stock
1/2 kg udang basah

1. Udang basah ni dibahagi dua.

2. Satu bahagian dibuang bahagian yang tajam, belah belakang dan buang tali atau urat hitam kat belakang badan dia tu, kemudian kita cuci bersih dan asingkan.

3. Satu bahagian lagi di asingkan isi udang dari kulit dan kepalanya.

4. Rebuskan kulit dan kepala udang tadi dengan sedikit air hingga mendidih. Biarkan sejuk kejap, kemudian kisar dalam blender hingga halus, tapis airnya.
4. Kisar halus air tapisan kulit udang dengan isi udang untuk hasilkan stock udang. Stock ni boleh disimpan dalam freezer untuk kegunaan masakan lain juga, seperti laksa atau tom yam.


Bahan Perasa
1 buku gula Melaka
3 keping asam keping
300 ml santan Kara atau 2 biji santan kelapa
1 kiub daging
1 kiub ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
Boleh juga tambah maggi secukup rasa

Bahan-bahan lain

1/2 kg daging batang pinang ~Jika guna daging lain rebus dahulu hingga empuk
udang basah ~ yg telah di asingkan dari 1/2 kg penyediaan stock udang tadi
fish ball ~ ikut suka
1 cawan isi kerang
8 keping tahu pong ~ di belah 2
3 biji kentang ~ hiris bulat dan goreng, kemudian kisar halus
air secukupnya

Cara masak kuah:
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis, daun kari dan serai hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar.
3. Masukkan cili kering kisar, udang kering kissar, dan rempah kari.
4. Kacau dan masak hingga garing dan terbit minyak.
5. Masukkan stok udang, kacau hingga terbit minyak.  Masak semua ini dengan api sederhana dan lama sedikit agar bahan betul-betul masak dan garing.
6. Masukkan daging bersama air rebusan, biar mendidih dan daging empuk.
7. Masukkan gula melaka, asam keping, kiub daging & kiub bilis, dan santan.
8. Renihkan kuah sebentar.
9. Masukkan udang basah, kerang, & fishball, biarkan masak sebentar.
10. Masukkan garam, gula, & kentang kisar. Gaul rata.

Bahan hiasan yang di makan bersama :

1 ikat sawi ~ potong dan celur
1 mangkuk taugeh ~ buang akarnya, nak celur boleh tak nak celur pun ok!
3 batang timun ~ buang kulit, hiris halus bulat-bulat, jangan ambil bahagian tengahnya yang lembut.
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Telur burung puyuh/telur ayam ~ di rebus dan kupas kulitnya
limau kasturi
bawang goreng
Lada merah sebagai hiasan
Jeruk lada untuk di makan bersama
Mee kuning secukupnya

Sunday, December 14, 2014

LAKSA NYONYA

RESEPI LAKSA NYONYA

Bahan:

50 gm bawang merah
15 gm serai
10 gm halia
10 gm bawang putih
7 gm lengkuas
220 gm tauge
100 gm bunga kantan ~ mayang
250 gm timun ~ hiris halus
200 gm bebola ikan
250 gm udang basah
50 gm cili kisar
5 gm serbuk kunyit
15 gm cili merah ~ hiris
1 kg santan
50 gm mee hoon ~ di celur
60 gm minyak
garam

Bahan hiasan:
timun 
tauge
bunga kantan

Cara:
1. Tumbuk bawang merah, serai, halia, lengkuas , bawang putih. Gaul kunyit.
2. Tumis bahan tumbuk tadi hingga garing, masuk cili kisar. tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan santan, masak hingga mendidih. Kacau selalu agar santan tidak pecah minyak.
4. Masukkan udang dan bebola ikan, garam.
5. Untuk menghidang, masukkan meehoon, letak timun hiris, tauge, bunga kantan. Tuang kuah. Hias dengan cili hiris.

Friday, December 12, 2014

SAMBAL PUDINA

RESEPI SAMBAL PUDINA

Bahan:

1 ikat daun pudina
1 ikat daun ketumbar
cili api
bawang besar
1 ulas bawang putih
buah tomato
air limau nipis
1 tbsp yogurt 
garam

Kisar semua.

Thursday, December 11, 2014

IKAN BAKAR BEREMPAH

RESEPI IKAN BAKAR

Bahan:

1 ekor ikan senangin ~ belah dua di belakang
2 biji cili merah
5 biji buah keras
5 ulas bawang merah
4 helai cili kering
sehelai daun limau purut 
sehelai daun kunyit ~ hiris halus
2 biji limau kasturi
garam, minyak
daun pisang

Cara:

1. Tumbuk semua bahan tadi hingga naik bau, kecuali daun kunyit & limau.
2. Masukkan daun kunyit & garam.
2. Alas daun pisang di atas aluminium foil.
3. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam belahan ikan. Jika ada lebihan, tuang atas ikan. Perah limau atas ikan.
4. Bungkus ikan dan bakar atas dulang dalam oven hingga masak.

Tuesday, December 9, 2014

HARAPAN


Orang paling romantik ialah Baginda saw..
Jom mulakan dengan pegang tangan pasangan kita. Berpegangan tangan menyebabkan dosa berguguran...Indahnya pegang tangan pasangan kita yang halal dipegang. Sebelum pergi atau balik kerja kita pegang tangan pasangan kita.......Rahmat keatas mereka yang buat perkara yang halal..Tengah duduk-duduk pegang tangan mereka.....jangan pegang tangan bukan mahram.
Lihat mata mereka dengan perasaan kasih sayang. Terima kasih kerana sudi menjadi pasangan saya..Melihat mereka dengan perasaan syukur pada Allah...Lihat bila mereka mula berkata-kata..Beri perhatian sepenuhnya..Lihat dan cari kecantikannya dan kebaikannya...Bila Syukur Allah akan tambahkan nikmat..
Bila mereka mula bercakap beri perhatian sepenuhnya dan jangan potong mereka bercakap...Cuba memahami perasaan mereka...
Lidah kita sentiasa memanggil mereka dengan panggilan yang mereka paling suka..Sayang abang yang cantik, menawan, manis, baik hati, solehah, lemah lembut, terima kasih kerana sudi jadi isteri saya..Saya sangat sayang awak kerana Allah...
Dukung sekali sekala seperti Nabi saw dukung Aisyah...kenakan pipi dengan penuh sayang dan manja...
Mandi sekali dan bergurau ketika mandi bersama.Nabi saw pernah lakukan..
Bukakan pintu dan pegang tangan isteri ketika naik dan turun kereta atau semasa ke pasar....
Makan berjemaah dan sekali sekala suapkan satu sama lain..Minum di tempat yang sama...
Macam baru kahwin semalam. Macam baru nak bercinta..Macam baru jatuh hati. Macam ini hari terakhir dalam dunia. Bercita-cita nak bersama dalam syurga
Selalu kata salah saya.....minta maaf dan memaafkan..Tidak hina kerana mengaku salah...
Tahajud bersama-sama. Menangis kerana Allah bersama-sama...Belajar ilmu bersama-sama....Berdakwah bersama-sama....Hidupkan rumah dengan Al-Quran dan hadis Nabi saw...
Seorang masak, seorang sibuk tolong basuh pinggan...Makan dengan menikmati makanan menggembirakan yang masak...
Seorang basuh baju, seorang tolong angkat baju...
Seorang siram bunga, seorang betulkan pasu dan sekali sekala betulkan isteri...
Seorang marah, seorang diam dan minta maaf...Seorang menangis, seorang sediakan bahu untuk tempat menangis...
Bila sempit dan masalah besar dalam hidup katakan, jangan risau sayang, kita ada Allah...Sebesar mana pun masalah kita..Allah tidak pernah meninggalkan kita..Dari sebelum sehingga ia terjadi dan selamanya dia tidak pernah meninggalkan kita..Cuma kita perlu kembali pada Allah..Hanya Allah yang berkuasa..Selain daripadanya tidak boleh beri kebaikan...
Rumahtangga paling bahagia ialah rumah tangga Nabi saw...Tidak pernah akan kecewa sebuah keluarga yang bawa sunnah Nabi saw..
Tiada yang boleh bagi bahagia selain dari Allah..Allah janjikan kebahagiaan yang hakiki hanya dalam agama..
Maksud perkahwinan yang sebenarnya ialah membawa kita semua semakin mencintai Allah selamanya..Bawa seluruh keluarga kembali pada Allah..Hanya Allah yang tahu betapa nikmatnya bila sebuah keluarga bersama-sama menghidupkan Islam....Tiada wang ringgit atau sebanyak mana pun tidak dapat ganti kebahagiaan keluarga ini...Bahagia tanpa syarat...Tiada siapa boleh hancurkan bahagia ini...Kerana ini bahagia yang sebenarnya..Allah hadiahkan kepada mereka yang benar-benar membawa kehidupan Nabi saw...--Petikan dari Ustaz Ebit Liew

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...