Tuesday, December 23, 2014

MEE KARI

Sedap mee kari ni, resepi asal dari SINI




RESEPI MEE KARI


Bahan Untuk Menumis 
1 senduk minyak masak
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 tangkai daun kari di raut
2 batang serai di titik perdunya

Bahan Kisar
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 batang serai ~ ambil bahagian putihnya sahaja
1 inc lengkuas
2 inc halia
3 biji buah keras
1/2 cawan udang kering ~ di rendam hingga lembut dan kisar
20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan kisar halus
4 sudu besar rempah kari Baba's

Bahan Stock
1/2 kg udang basah

1. Udang basah ni dibahagi dua.

2. Satu bahagian dibuang bahagian yang tajam, belah belakang dan buang tali atau urat hitam kat belakang badan dia tu, kemudian kita cuci bersih dan asingkan.

3. Satu bahagian lagi di asingkan isi udang dari kulit dan kepalanya.

4. Rebuskan kulit dan kepala udang tadi dengan sedikit air hingga mendidih. Biarkan sejuk kejap, kemudian kisar dalam blender hingga halus, tapis airnya.
4. Kisar halus air tapisan kulit udang dengan isi udang untuk hasilkan stock udang. Stock ni boleh disimpan dalam freezer untuk kegunaan masakan lain juga, seperti laksa atau tom yam.


Bahan Perasa
1 buku gula Melaka
3 keping asam keping
300 ml santan Kara atau 2 biji santan kelapa
1 kiub daging
1 kiub ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
Boleh juga tambah maggi secukup rasa

Bahan-bahan lain

1/2 kg daging batang pinang ~Jika guna daging lain rebus dahulu hingga empuk
udang basah ~ yg telah di asingkan dari 1/2 kg penyediaan stock udang tadi
fish ball ~ ikut suka
1 cawan isi kerang
8 keping tahu pong ~ di belah 2
3 biji kentang ~ hiris bulat dan goreng, kemudian kisar halus
air secukupnya

Cara masak kuah:
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis, daun kari dan serai hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar.
3. Masukkan cili kering kisar, udang kering kissar, dan rempah kari.
4. Kacau dan masak hingga garing dan terbit minyak.
5. Masukkan stok udang, kacau hingga terbit minyak.  Masak semua ini dengan api sederhana dan lama sedikit agar bahan betul-betul masak dan garing.
6. Masukkan daging bersama air rebusan, biar mendidih dan daging empuk.
7. Masukkan gula melaka, asam keping, kiub daging & kiub bilis, dan santan.
8. Renihkan kuah sebentar.
9. Masukkan udang basah, kerang, & fishball, biarkan masak sebentar.
10. Masukkan garam, gula, & kentang kisar. Gaul rata.

Bahan hiasan yang di makan bersama :

1 ikat sawi ~ potong dan celur
1 mangkuk taugeh ~ buang akarnya, nak celur boleh tak nak celur pun ok!
3 batang timun ~ buang kulit, hiris halus bulat-bulat, jangan ambil bahagian tengahnya yang lembut.
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Telur burung puyuh/telur ayam ~ di rebus dan kupas kulitnya
limau kasturi
bawang goreng
Lada merah sebagai hiasan
Jeruk lada untuk di makan bersama
Mee kuning secukupnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...