Sunday, January 11, 2015

POPCORN KARAMEL

Esok dah mula sessi sekolah 2015.

Semalam berjaya juga buat popcorn ni. Berpusing cari butir jagung kering tu tak jumpa, last2 jumpa juga di pasaraya Hero, berlambak kat situ.

Dapat sebesen, puas le makan

Baru salut caramel sebelum di bakar

RESEPI POP CORN CARAMEL

Bahan-bahan:
1 tbsp minyak masak
1 cup jagung butir kering
1 tsp garam 
2 cup gula perang
1 cup butter
1 cup light corn syrup
1/2 tsp baking soda

Cara-cara:
Untuk popcorn
1. Panaskan minyak dalam periuk besar yang dalam.
2. Masukkan 6 butir jagung kedalam periuk, tutup periuk.
3. Biarkan jagung meletup2 sekurang2nya 3 biji.
4. Masukkan kesemua butir jagung tadi, dan tutup periuk.
5. Goyang2kan periuk selang beberapa minit agar taburan popcorn sekata.
6. Biar atas api sehingga letupan mula berkurangan, selama lebihkurang 5 minit.
7. Tuang ke dalam bekas besar dan masukkan garam, gaul rata.
8. Asingkan biji jagung yang tidak meletup jika ada.

Untuk caramel 
1. Masak gula, corn syrup & baking soda dengan api sederhana hingga mendidih. 
2. Panaskan oven pada suhu 120C.
3. Tuang sos karamel tadi keatas popcorn dan gaul rata.
4. Bakar dalam oven selama 30 minit. Gaul popcorn setiap 10 minit agar karamel rata.
5. Sejukkan setelah masak.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...