Thursday, October 22, 2015

BROWNIES KEDUT

Sangat sedap, chocolate nya melt dalam mulut..Original recipe dari SINI.



CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
Resepi Oleh: Cik Cek
Di kongsikan oleh : Ayu
Rujukkan : Juicy Cake

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko 

Cara:
  1. Satukan coklat masakkan yang telah di potong kecil dengan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
  2. Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan whisk sahaja.
  3. Satukan tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak.
  4. Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
  5. Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 in yang telah di lapik kertas  dan di sapu dengan butter.
  7. Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
    Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit
  8. Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...