Hari ini ayahanda suggest tak nak makan nasi. So, pagi ini semerbak satu rumah dengan bau roti 'Cinnabon', favorite anak-anak. Sekali masak macam nak jual ..he..he..Then untuk lunch masak Seafood Spaghetti, and tat telur utk minum petang or late supper...After 8 tak bagus makan anything, nanti badan boleh 'balloon'..sekarang ni kena jaga makan sikit...semenjak dua menjak ni,masak macam-macam, anak-anak makan, mum pun makan jugak...la ni kena brek sikit..he..he..rasa-rasa macam dah gain weight sikit, tak boleh jadi ni. Dapur tetap berasap, menu tetap pelbagai...selera je kena kawal...
Ronda-ronda blog orang, baru teringat blog sendiri dah lama tak update.
Hari ini dapat satu recipe baru and dah cuba try test....Recipe asal dari Chef Hanieliza
TAT TELUR
Bahan Kulit:
500 gm tepung gamdum (saya guna tpg superfine/low protein yg amat bagus utk tat yg rapuh)
11/2 cawan majerin
1 sudu besar lemak sayur/crisco
2 sudu besar gula
1 biji telur
Cara.
1. Gaulkan semua bahan kecuali telur saperti serbuk roti.
2. Masukkan telur dan gaul rata.
3. Canaikan setebal 1/2 cm sebelum diterap bulat. (Saya bulat-bulatkan kecil2 dulu baru dicanai, lepas tu terus letak dalam acuan tat. Lebihannya dipotong/trim separas acuan)
4. Lletakkan kulit tat di dalam dulang acuan bermangkuk kecil
(petty tin) yang sudah digriskan.
5. Cucukan dgn garfu..[hilangkan gelembung angin]
6. Bakar selama 10 minit pada suhu 180C.
7. Keluarkan dan tuangkan adunan kastad telur kedalam tat.
8. Bakar semula 5 minit. (Saya tambah 5 minit lagi kerana initi belum masak.)
9. Sejukkan dan hidangkan.
Filling Kastad
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air biasa
1 sudu besar tepung kastad
1/2 s/teh vanilla
sedkit pewarna kuning
Cara:
1. Gaul semua semua bahan perlahan sehingga sebati.
2. Tuangkan keatas kulit tat yg telah dibakar separuh masak
Sea food Spaghetti
No comments:
Post a Comment