Tuesday, August 5, 2008
Nasi Beriani Pakistan
Resepi ni telah diajarkan oleh mak mon ...
Resipi Nasi Beriani Pakistan
Bahan A
1 or 2 kg beras basmathi ~ direndam 1 jam, toskan airnya
1 batang tulang rusuk or ekor lembu
200 gm minyak sapi
daun pandan
2 biji bawang besar ~ hiris nipis
Bahan B
2 biji bawang besar ~ belah 4
1 ulas bawang putih ~ ketuk
1 inci halia ~ ketuk
Bahan C
2 camca besar ketumbar biji }
2 camca besar jintan manis biji } ikat dalam kain, tak buat pun tak pe
Bahan D
6 biji pelaga
1 camca besar jintan putih
2 inci kayu manis
4 cengkih
1 bunga lawang
1 sudu besar sajirah ( macam jintan putih) ~ tak letak pun tak apa
Bahan E
1 cawan Yogurt masam / sour cream
Bahn F
10 biji gajus ~ goreng
2 camca besar badam ~ rendam dulu & digoreng
4 biji bawang besar hiris nipis
1 pokok daun ketumbar ~ dihiris
Bahan G
1 tin kacang peas
2 sudu besar kismis oren
1 botol pewarna kuning
Cara:
1. Rebus tulang rusuk/ekor dengan bahan B&C hingga lembut, ketepikan.
2. Asingkan tulang, tapiskan dan ambil airnya sahaja.
3.Tumis 2 biji bawang besar yang dihiris nipis dengan minyak sapi dan daun pandan.
4. Bila dah garing, masukkan D. Bila dah naik bau, masukkan yogurt dan biar garing kejap. Masukkan air rebusan ikut banyaknya beras, 2 sudu besar susu pekat, sedikit garam.
5. Tutup periuk, biar air menggelegak, batu masukkan beras. Biar api besar.
6. Air mesti 1 inci ketats dari lapisan beras yang terendam.
7. Bila air dah kering, padam api.
8. Letakkan tompokan warna kuning telur diatas nasi yang dah masak dalam periuk dan biarkan.
9. Hiaskan dengan bahan F dan G.
NOTA: 1 kg basmathi ~ 4 tin susu
air rebusan ~ 5 tin
AYAM MERAH
Bahan
1 ekor ayam ~ potong 16, goreng dengan kunyit
2 senduk lada kisar
2 batang serai *
1 biji bawang besar *
6 biji bawang merah *
1 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *(dikisar)
sedikit sos tomato, kicap pekat manis, garam
Cara
1. Tumis lada dan bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
2. Masukkan sos tomato, kicap dan garam ikut rasa.
3. Tambah sedikit air jika pekat sangat.
4. Biarkan mendidih dan padam api.
5. Masukkan ayam goren dan gaul rata.
6. Hidang bersama bawang goreng dan daun bawang hiris.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment