Baru-baru ni, zulaikha balik sekolah bawa sepotong kek ni. Katanya beli dalam bas sekolah, manis! So, ibu pun nak cuba buat supaya anak-anak dapat makan puas-puas, tapi kurangkan manisnya sikit. First time buat kek ni, ok la juga. Tapi terlebih susu pekat, sebab tak perasan susu pekat saya tin besar. So, next time boleh kurangkan.
Resepi dapat dari Umi di Kuantan. Tq for sharing.
Kek Batik Biskut Marie
Bahan-Bahan:
500 gm biskut marie ~ patah 4
250 gm butter
4 biji telor gred A ~ pukul sikit
3/4 tin kecil susu pekat manis
1/4 cawan serbuk koko
1/4 cawan air
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh nescafe ~ saya ganti dengan mokka flavor
Cara:
1. Campurkan semua bahan kecuali biskut, kedalam kuali. Masak atas api perlahan sehingga pekat sedikit dan berkilat, tutup api.
2. Cepat-cepat masukkan biskut, gaul rata.
3. Tekan dalam loyang yang telah di sapu dengan butter .
4. Sejukkan dalam peti sejuk. Bila nak makan, keluarkan dan biarkan 1/2 jam baru di potong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment