Monday, July 11, 2011
Apam Comel
Dah lama tak makan apam. Jumpa resepi ni di SINI and pasti anak-anak suka. Dah nak dekat bulan ramadhan ni, boleh la buat untuk buka puasa nanti. Inti boleh di pelbagaikan i.e blueberi ke , jem kaya ke..ikut citarasa...Kali ini saya buat inti blueberry.
APAM COMEL INTI KELAPA
Bahan-bahan
3 biji telor ~ dari peti sejuk
275 gm tepung gandum/ kek
220 gm gula halus
150 gm susu segar
3 tsp baking powder
1 tsp ovallette
Untuk Inti Kelapa:
kelapa parut putih
gula melaka/manisan
1 tsp tepung jagung ~ bancuh dengan 1 tbsp air
2 helai daun pandan
Cara:
1. Masukkan semua bahan apam dalam mangkuk besar.
2. Pukul dengan mixer pada kelajuan maksima selama 6-8 min.
3. Bahagi kepada 3 mangkuk dan warnakan.
4. Masukkan kedalam piping bag yang berasingan,
5. Pipe kan sedikit kedalam mangkuk kertas yang kecil.
6. Masukkan sedikit inti kelapa.
7. Pipekan lagi adunan yang berlainan warna sehingga paras mangkuk kertas 3/4 penuh.
8. Kukus dalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10 ~ 15 min.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment