Wednesday, January 23, 2013

Menuju JANNAH

Semasa menghadiri satu seminar di masjid SSAS tahun lepas, isu kekeluargaan yang amat ditekankan adalah masaalah sosial anak-anak, dan puncanya. At the end of the seminar, yang amat menyentuh hati, adalah kisah-kisah para suami yang ada hubungan dengan isteri orang dan sebaliknya. Masaalah ini rupanya menjadi-jadi semenjak akhir2 ini, yang sangat menyumbang kepada gejala sosial masa kini. Oleh itu, berhati-hati lah kita menjaga batas hubungan kita dengan sahabat handai, rakan sepejabat, sanak saudara yang bukan muhrim. Gurau senda, kata-kata, dan kemudahan gajet yang canggih-canggih sekarang ni di alam cyber, 24 by 7 boleh berhubungan WALAU di mana kita berada.Elakkanlah perkara syubhat yang boleh mendatangkan fitnah. Muhasabah buat diri ini dalam mencari jalan ke JANNAH.

Ingin dikongsikan sedikit penulisan dari penulis terkenal, ustaz pahrol mohd juoi dari bukunya 'DI MANA DIA DI HATIKU?'.

"Membina cinta ketika tarikan fizikal dan keinginan seksual sudah menurun memerlukan keikhlasan. Dimana lagi sumber keikhlasan jika tidak kembali kepada iman? Ertinya, kembali kepada ALLAH. Percayalah...keadaan yang serba serbi tidak kena, hilang tumpuan, kurang selera makan, tidak ada mood untuk bercerita dan berbicara adalah bukti terhakisnya ketenangan dalam hati. Dan itu semua adalah kerana lalai dan alpanya hati daripada zikrullah (mengingati ALLAH).

Iman dalam hati akan menyebabkan suami dan isteri saling bertanggungjawab. Walaupun berat terasa mulut untuk berbual dengan isteri akibat beban masalah menyara rumah tangga, namun digagahi jua oleh kesedaran kata-kata yang baik itu adalah satu sedekah. Walaupun terasa sukar mengukir senyuman dihadapan suami bahana kerenah anak-anak, tetapi isteri yang beriman terus bermujahadah dan terus tersenyum di hadapan suami justeru menyedari senyuman itu adalah satu sunah. Sedekah dan sunah yang dilakukan oleh suami dan isteri inilah yang menurunkan sakinah dan mawaddah dalam sesebuah rumah tangga.

Ya, bila musim cinta sudah berlalu, semailah 'pohon' tanggungjawab. Insya-ALLAH, musim cinta akan kembali dan ketenangan serta kebahagiaan akan kembali dan mewangi!"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...