Wednesday, September 24, 2014

BREAD PUDDING WITH CUSTARD SAUCE



Original recipe dari SINI
RESEPI PUDING ROTI BAKAR DENGAN SOS KASTAD


Bahan-bahan

  • 7-8 keping roti
  • * 500 ml susu segar @ 2 cawan
  • * 4 sudu besar gula halus
  • * 2 biji telur
  • * 1 sudu teh esen vanilla
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar butter ~ cairkan
  • 3 sudu besar kismis
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula

Cara-cara
  1. Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Carikkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
  2. Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
  3. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  4. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
  5. Tuang ke atas puding roti tadi. Masukkan ke dalam peti sejuk dahulu jika suka sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...