Sunday, July 27, 2008

Simple dish for today

Semalam masak simple je untuk lunch & dinner.



Black pepper fish fillet, with crinkle cut fries and fresh salad, topped with thousand island dressing. Lupa, ada wedges sekali...sekali sekala boleh laaa.



Ini menu untuk malam pulak.

Resipi nanti ya..

NASI GORENG BELACAN

Bahan A
Sebiji bawang besar ~ hiris
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji tomato
5 biji cili merah ~ kalau nak pedas, blh tambah cili api
sedikit belacan

Bahan2 diatas ditumbuk lumat.

Bahan B
Nasi
1 biji Telor
sedikit udang
minyak, garam
Sedikit kacang panjang ~ hiris

Cara
1. Panaskan minyak, tumis kan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
2. Pecahkan telor ke dalam tumisan, biar separuh masak dan hancurkan, lepas tu masukkan udang & garam.
3. Masukkan nasi, gaul rata hingga masak, masukkan kacang.
4. Dihidang bersama sayur salad, carrot & tomato cherry dgn sos thousand island, dan telor mata lembu. Tak lupa juga keropok.
5. Selamat menjamu selera....









Kenangan mengusik jiwa

Well, I found some old pictures at cik noi's house recently. Might as well post it here rather than losing it later. These are pictures of my eldest brothers (they are non-identical twins) and their family..There's also one picture of our family taken on first syawal I believe..See the proud grandparents holding their grandchildren..

Now, all those babies are married and has become mothers themselves..

Enjoy the pics...


Di depan rumah kami dikampung...nostalgia..


di tepi sungai muar






ni anak jepun..heh..he..

Saturday, July 19, 2008

Apple Crumble & Roti Lembut

Baru-baru ni, belek-belek buku nota resipi yg dah hampir reput tu...almaklum kerap refer kalau cari resepi yg jarang-jarang buat...terjumpa resepi roti yg dah lama salin tapi tak sempat nak buat...since tepung roti ada baki lagi, kalau simpan lelama jadi jamuan untuk 'bubuk' or ulat tepung le gamaknya. Maka operasi membuat roti pun berjalan le malam tu...buat untuk breakfast anak-anak pergi sekolah..especially Iman tak makan roti unless yg mak dia buat...nanti nak kena buat roti 'kotak' aka roti macam roti biasa putih tu le....tu projek akan datang ye..tungguuuuu!





Roti Lembut

500 gm tepung roti/high protein
85 gm gula castor
10 gm yis (kalau guna mauripan yis, 11gm)
5 gm bread softener
5 gm bread improver
7 gm garam halus

A. Gaul semua bahan diatas hingga sebati.

15 gm susu pekat
30 gm telur tanpa kulit/ sebiji telur saiz sederhana
220 gm air ais (sejuk)

B. Pastikan supaya campuran ketiga-tiga bahan diatas sama dengan 265gm untuk mengelakkan adunan terlalu lembut.

C. Campurkan campuran (B) dengan adunan tepung (A) dan uli sekejap.

40 gm mentega
30 gm shortening/CRISCO
17 gm minyak masak

Campurkan bahan-bahan diatas dengan adunan (C) yang telah diuli tadi dan terus uli hingga adunan tidak melekat di bekas & tangan.
Lepas di uli, biar 15 minit, lepas tu bentukkan.
Biar naik ~30 minit. Sapu dengan telur & air.
Bakar pada suhu 180C selama 10-13 minit.



Makan dengan ice-cream...sedap..!!



Resepi asal dari Koleksi resepi Diana.

Apple Crumble

Pie Crust/Kulit pie - saya guna pie crust untuk apple pie je...lebih kurang je.
Sila rujuk Apple Pie
Dough untuk kulit pie ini boleh dibuat awal seminggu dan di freezerkan.

Apple Crumble Fillings

INGREDIENTS
1 (9 inch) pie shell
6 cups thinly sliced apples
1 tablespoon lemon juice (optional)
3/4 cup white sugar
2 tablespoons all-purpose flour
1/2 teaspoon ground cinnamon
1/8 teaspoon ground nutmeg
1/2 cup raisins (optional) ~ saya tak letak
1/2 cup chopped walnuts (optional) ~ saya tak letak
1/2 cup all-purpose flour
1/2 cup packed brown sugar
3 tablespoons butter


DIRECTIONS
1. Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C).
2. Place sliced apples in a large bowl. Sprinkle with lemon juice if desired. In a small bowl, mix together white sugar, 2 tablespoons flour, cinnamon, and nutmeg. Sprinkle mixture over apples. Toss until apples are evenly coated. Stir in raisins and walnuts if desired. Spoon mixture into pastry shell.
3. In a small bowl mix together 1/2 cup flour and brown sugar. Cut in butter or margarine until mixture is crumbly. Sprinkle mixture over apple filling. Cover top loosely with aluminum foil.
4. Bake in preheated oven for 25 minutes. Remove foil and bake an additional 25 to 30 minutes, until top is golden brown. Cool on a wire rack.



Monday, July 14, 2008

Berkelah di Sungai Congkak, Ulu Selangor




Sungai Congkak ini airnya sejuk ya amat. Walaupun jam dah pukul 3 petang, sekitaran masih redup aje. Kami sampai pagi, dapatlah tempat nak pasang kemah dekat tepi sungai. Menu hari tu pun masak pagi tu juga. Dough untuk pau dan inti nya dah siap malam sebelumnya, pagi tinggal isi inti dan goreng aje.

Resepi untuk pau goreng ni guna dough untuk kuih cakoi. Terlupa nak tekan kat tengah sebelum goreng, kak jadik la pau yg montel.... Resepi untuk cakoi ni ambil dari blog Mat Gebu, intinya pula tak ingat copy dari mana dulu.

Cakoi/Pau goreng

Bahan-Bahannya :-)
1 cawan air
2 cawan tepung roti
1/4 camca teh instant yeast
1 camca teh gula
1 camca teh garam
3/4 camca teh "alum" (boleh dapat kat kedai2 baking)
1/2 camca teh soda bicarbonate
1/4 camca teh "amonia" (boleh dapat kat kedai2 baking), atau tak payah letak...
1 camca besar minyak
Sedikit bijan putih
Minyak untuk menggoreng

Cara :-)
  1. Satukan alum, amonia, garam dan gula bersama air, kacau rata. Ketepikan. Tepung digaul bersama soda bicarbonate dan instant yeast, kemudian masukkan dalam satu bekas. Buat lubang tengah2 tepung tadi dan tuang bancuhan air dan minyak. Gaul hingga rata dan sebati. Adunan akan menjadi lembut dan melekat2. Alih ke atas papan pencanai yang telah ditabur dengan tepung, bagi 2 doh, buat bentunk panjang, lebih kurang 40 cm. Tutup dengan plastick wrap dan biar 1 jam.
  2. Bulat-bulatkan doh ikut saiz yg disukai, isikan inti kacang dan ratakan.
  3. Leperkan doh yg dah diisi dengan kacang, lenserkan dengan sedikit bijan putih.
  4. Panaskan minyak dan goreng.

Inti Kacang

Bahan

2/3 cawan kacang merah
1/2 cawan gula
Air untuk merebus
1/4 cawan minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Basuh kacang merah dan buang yang pecah-pecah.
2. Rendam kacang semalaman.
3. Keesokan harinya, rebus kacang yang telah direndam tadi selama 1.5 - 2 jam, sehingga kacang lembut. Tambah air bil aperlu, dan toskan setelah lembut.
4. Kisar kacang yang telah lembut tadi sehingga halus, masukkan gula, gaul rata.
5. Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng kacang yang telah dikisar tadi atas api perlahan sehingga kering.
6. Sejukkan. Inti ini boleh sisimpan selama 1 minggu didalam freezer.





Friday, July 11, 2008

Apple Pie




Semalam kemas peti sejuk jumpa buah epal hijau yg tak ada orang nak makan, masam sikit agaknya. So, kita buat lah apple pie. Sekali masak dapat dalam 20 pieces, dapat bagi cik noi sikit, yang lain masuk mulut budak-budak ni le...ramaikan...



Resepinya.... nanti ya..resepi asal dari Hanieliza

APPLE PIE

Bahan Inti

4 biji epal hijau [potong dadu]
100 gm gula perang
1/sk serbuk kayu manis
2 s/b tepung gandum ]
3 s/b air ] bancuh

Cara
1. Masukkan epal dan gula perang dalam periuk dan masakkan sehingga layu.
2. Masukkan serbuk kayu manis dan kacau rata.
3. Masukkan bancuhan tepung gandum dan kcau rata.
4. Sejukkan.

Bahan Doh
200 gm majerin
50 gm shortening/CRISCO
50 gm gula icing
400 gm tepung gandum
2 -3 s/b air sejuk peti ais [cold water]

Hiasan
kuning telur

Cara
1. Masukkan tepung gandum, majerin dan shortening dalam mangkuk.
2. Ramaskan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Rehatkan doh selama 20- 30 minit dalam petisejuk.
5. Keluarkan doh dan ambil sebesar bebola ikan.
6. Masukkan dalam acuan pie dan buatkan seperti kulit pie.
7. Bakar pada suhu 180C selama 10 minit.
8. Keluarkan dari oven dan masukkan inti epal.
9. Leperkan doh dan buatkaN saperti jalinan atas mangkuk pie.
10 Sapukan kuning telur.
11. Bakar lagi selama 10 minit dan kelihatan garing.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...