RESEPI IKAN MASAKLEMAK CILI API ala jawa
Bahan-bahan:
2 ekor ikan selar kuning ~ digoreng kunyit sebentar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
sedikit belacan
1 biji buah keras
8 biji cili api kampung ~ boleh tambah jika nak pedas
santan dari 1 biji kelapa
sedikit buah tomato
1. Tumbuk 3 ulas bawang merah & bawang putih, separuh cili api. halia & lengkuas, dan belacan.
2. Baki bawang dan halia serta lengkuas tadi dihiris nipis.
3. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau, masukkan hirisanbawang & halia tadi hingga layu.
4. Masukkan santan pekat, biar hingga hampir mendidih.
5. Masukkan ikan, baki cili api ,renehkan kuahnya hingga pekat.
Lauk ini asalnya saya belajar dari rakan keturunan jawa semasa belajar nun jauh disana. Resepi asal guna ayam, tapi saya sering masak dengan ikan je.
No comments:
Post a Comment