Sunday, June 18, 2017

SOTO AYAM MADURA

RESEPI SOTO AYAM MADURA





























Bahan-bahan

Bahan A
Untuk rebus ayam
  • 1/2 ekor ayam size kecil 
  • 1 batang serai - titik
  • 1 batang daun saderi - potong dua
  • 1 inci halia - di titik
  • 1  sup bunjut 
  • Air secukupnya

Bahan B
Untuk di Kisar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 tsp lada putih

Bahan Tumis

  • Rempah Tumis (1 kayu manis , 1 bunga lawang, 3 pelaga, 3 cengkih)
  • 1 tbsp rempah sup @ (1tsp serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar)
  • Air rebusan ayam dari Bahan A
  • Garam

Bahan Untuk hiasan & hidangan
  • Mee hoon ~ di celur sebentar dgn air panas.boleh guna mee atau nasi himpit
  • Isi Ayam yang telah di siat halus
  • Taugeh
  • Telur rebus ~belah 2
  • Kentang rebus@goreng
  • Begedil 
  • Daun sup@daun bawang ~di hiris halus
  • Bawang goreng
  • Suun goreng & kacang tanah
  • Limau nipis
  • Sambal kicap (tumbuk cili api dgn bawang putih. perahkan air limau kasturi)

Cara-cara:

  • Rebus ayam dengan bahan2 di atas hingga ayam masak. Angkat dan toskan ayam dan juga air rebusan. Siat2kan isi ayam dan ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bahan kisar, rempah sup dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan air rebusan ayam tadi dan didihkan. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  • Hidangkan dengan mee hoon dan bahan2 lain.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...