Monday, May 25, 2020

Kuah Lodeh juadah Raya di musim Covid


Raya kali ini kami sambut tanpa 2 anak bujang yang tidak dapat pulang kerana larangan merentas negeri. Tapi, dengan teknologi kini tetap dapat kami bersama walau di alam maya. Alhamdulillah atas segala nikmatNYA.

Ini salah satu menu di pagi raya. Resepi asal dari buku Chef Wan tapi saya ubah sikit. Sangat sedap 





Resepi Kuah Lodeh

Bahan
Santan ~ dari 1 biji kelapa campur 1 liter air
10 urat Kacang panjang ~ potong 2 inci
3 keping Tauhu ~ potong dua, hiris nipis, goreng
4 keping tempe ~ potong kecil, goreng
1 biji terung panjang ~ belah 2, potong 2 inci
150gm kobis ~ hiris nipis
1/2 biji sengkuang ~ kupas kulit & hiris kasar memanjang
30gm su’un ~ rendam sekejap
4 helai daun salam
2 helai daun limau purut
300gm udang segar ~ buang kulit
4 biji telur rebus ~ kupas kulit & belah 2
Sedikit garam
Sedikit serunding daging
Minyak masak untuk menumis

Bahan kisar
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
8 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
2 tbsp belacan
60 gram ikan bilis ~ buang perutnya

Cara:
1. Satukan bahan kisar & kisar halus.
2. Panaskan minyak & tumis hingga naik bau.
3. Masukkan semua bahan lain kecuali udang, telur & serunding. Masak hingga sayur lembut.
4. Masukkan isi udang, biar mendidih 10 minit.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Hidang bersama ketupat, kuah kacang, telur rebus & serunding.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...