Resepi yang sedap & favorite. Original recipe dari YatieKitchen diolah ikut cara saya. Sedap makan dengan ketupat & kuah lodeh. Saya suka makan cicah dengan roti kosong.
Resepi kuah kacang
Bahan
1/2 kotak santan Kara
250gm kacang tanah
1 senduk cili kisar
5-6 Cili kering
1 inci Lengkuas
1/2 inci Halia
1 inci Kunyit hidup
8 Bawang merah
3 Bawang putih
3 Serai
1 Asam keping
1/2 buku Gula melaka/manisan
Sedikit mushroom seasoning ~ jika suka
Garam
1 cawan air
Cara:
1. Goreng kacang tanpa minyak/bake dlm oven. Buang kulit & tumbuk kasar.
2. Potong kecil semua bahan & goreng dengan minyak banyak selama 10 minit. Minyak disimpan untuk tumis nanti.
3. Tos minyak & sejukkan.
4. Blender halus, air paras bawang.
5. Tumis bahan kisar dalam minyak gorengan tadi, masukkan cili kisar. Minyak perlu banyak.
6. Masukkan asam keping & gula melaka, kacau selalu.
7. Masuk kacang yang ditumbuk sedikit2.
8. Masukkan santan & garam. Masuk air ke dalam kotak santan &
9. Masukkan mushroom seasoning.
10. Masak dengan api perlahan hingga mendidih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment