Monday, September 1, 2014

Favorites ...

Baru-baru ni dah buat untuk anak-anak bawa ke majlis jamuan raya disekolah..

Then recently, bake lagi untuk pot luck with friends..



Bawa 2 box untuk my friends...
Yang ni pulak, untuk orang rumah. The custard filling is enough for double the recipe below.Banyak tu, tapi as usual, bila semua anak-anak ada di rumah...cepat je la licin.


This time, I used the following recipe for the choux pastry. Original recipe courtesy of little japan mama.

Cream Puff Pastry Recipe(Choux)

120 g butter
3/4 cup water
1 1/3 cup plain flour ~ must be sifted
5 eggs ~ 60g each egg
1/4 tsp salt
1 tsp sugar

Custard Cream:
1/2 cup flour
1/2 cup sugar
4 egg yolks
3 cups milk
30g real butter
1/2 or 1 vanilla extract
+/- a cup of whipped fresh cream


  • STEP 1:  Make Custard Cream several hours before or the day before
  • STEP 2:  When everything's ready, make the Cream Puff Shells
  • STEP 3:  When Cream Puff Shells are fresh out of the oven, fill with cold Custard Cream and serve. (Or within 24 hours if possible.)

Custard Cream
1. Using a whisk, Combine flour and sugar, 
2. Add:  4 egg yolks and about 40mL of the milk, whisk until combined.  Add remaining milk and scrape in vanilla.
3. Stir over medium heat, till it thickens (Often scraping the bottom). When it's thick and bubbles start to blob up, remove from heat.
4. Stir in 30g real butter
5. Allow to cool with plastic wrap on surface to prevent a "skin". Refrigerate until cold.
6. Fold a cup of whipped fresh cream into the cold custard cream.

Cream Puff (Choux) Pastry
1. Place butter, salt, sugar and water in a large saucepan over high heat.  When butter is melted and it starts to boil, remove from heat and...
2. Immediately tip in flour all at once, and beat into a firm dough with wooden spoon.
3. In a separate bowl, lightly whisk 5 eggs.  Add approximately one egg to the dough at a time, beating well in between with a wooden spoon.
4. Spoon into a piping bag and pipe directly downward onto paper-lined tray.  If you like, use chopsticks or fingers to pull pastry upwards on the sides, to make them taller and rough-surfaced.Spray with some water.
5.  Immediately bake in a very hot oven 210-220C , 25-30min until well puffed and browned then down to 100 C for 40 min or more to dry.
6.  Allow to cool (the puffs will firm up and become strong) before peeling the baking paper from the bottom of the puffs.
NOTE
**oven MUST be well pre-heated, esp for big cream puffs.  And don't turn the heat down too early, or they might fall. Wait until they're well puffed and the colour is fully developed. 

Sunday, August 31, 2014

Anak Merdeka



She turns 14 today! Alhamdulillah...

I baked her favorite dish today...yang sorang ni tekak western sikit.
Resepi ni pernah post dulu, tapi kita ulang tayang lagi..



RESEPI MACARONI GRATIN

Bahan-bahan
1 ulas bawang besar ~ cincang halus
300 gm macaroni
2 tbsp butter
80 gm parutan keju
sedikit isi udang ~ di potong kecil
garam & black pepper

Untuk white sauce:
80 gm butter
80 gm tepung
1.6 liter susu ~ i used cooking cream with some milk
garam & black pepper

Cara:1. Didihkan air dengan sedikit garam, rebus macaroni hingga lembut 8~9 min, toskan.
2. Cairkan butter dalam kuali panas, masukkan isi udang, bawang dan macaroni, gaul rata hingga masak.
3. Tuang macaroni kedalam bekas bakar yang telah di sapu dengan butter.
4. Untuk white sos: Cairkan butter dalam kuali diatas api sederhana, masukkan tepung & susu, Kacau hingga pekat, masukkan garam dan pepper.
5. Tuang sos ke atas macaroni tadi, taburkan keju parut.
6. Bakar pada suhu 200C selama 20 minit hingga bahagian atas cheese tadi garing keperang-perangan.

Saturday, August 30, 2014

PETUA

Boleh cuba try...

  • Masaalah semut 
Semut benci timun. Letakkan kulit timun berdekatan lubang atau sarang semut atau dimana ada banyak semut.

  • Mengilatkan cermin cuci lah dengan sprite (minuman Sprite
  • Menanggalkan chewing gum yg melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer, simpan selama 1 jam
  • Memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit
  • Rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan, sapu rata dibahagian atas rambut,kemudian terus cuci
  • Untuk mendapat perahan juice lemon yg banyak, rendamkan lemon didalam air panas selama 1 jam
  • Menghindarkan bau busuk pada sampah didapur, letakkan sakeping roti ketika kita memasak
  • Menghilangkan dakwat pada baju, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu, biarkan ubat gigi tersebut sampai kering kemudian cuci.
  • Menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam dimana cik ti selalu ada

  • Minum 1 gelas air slpas bangun boleh mengaktifkan organ2 dalaman..
  • Minum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
  • Minum 1 gelas air sebelum mandi, boleh mmbantu mengurangkan tekanan darah
  • Minum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung

Tuesday, July 1, 2014

Kuih Tepung Pelita

Ramadhan kareem buat semua umat islam. Hari ni hari ke 3 kita berpuasa, moga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya.

Ramadhan kali ni semua anak-anak ada dirumah, syukur alhamdulillah. Satu hari satu resepi kuih ikut pilihan anak2 untuk berbuka. Semalam masak kuih puteri mandi, pilihan si dara ke2. Hari ni, bujang ke2 pula minta kuih pelita. 
Kali ni, kita cuba resepi ni pula.

Kuih Tepung Pelita 
Sumber resepi: jintanmanis.com

Untuk Lapisan Bawah ( warna hijau)
1/2 cawan tepung beras
1 paket (100gram) tepung hoen kwe warna
hijau
1 sudu besar air kapur
3/4 cawan gula
4 1/2 cawan air perahan daun pandan

Untuk Lapisan Atas ( warna putih) 
450ml santan
1/2 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam

Cara-caranya

1. Satukan tepung beras, tepung hoen kwe hijau, gula dan jus pandan, kacau sebati dan tapiskan, masukkan di dalam periuk dan kacau selalu hingga pekat dan berkilat.

2. Selepas itu curahkan lapisan hijau tadi ke dalam bekas dan biarkan seketika. Tabur sedikit gula pasir di atas lapisan hijau.
3. Sementara itu buat lapisan atasnya, santan di campur dengan tepung beras dan garam, kacau sebati dan tapiskan. Masukkan di dalam periuk dan kacau selalu, setelah adunan menjadi pekat, curah kan ke atas lapisan hijau tadi, dan biarkan sejuk.
3. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Wednesday, June 25, 2014

Chinese Donut

Cuaca kat luar sangat panas sejak akhir-akhir ni. Dah lama tak hujan. Ramadhan dah semakin hampir, tinggal lagi 3 hari je. Mudah-mudahan kita di beri kesihatan yang baik untuk memperbaiki dan menambah amalan dibulan yang dinantikan ini.

Resepi ni sangat la simple, tanpa menggunakan yis. Anak-anak pasti suka.

CHINESE DONUTS RECIPE

Ingredients

2 cups flour
1/2 tsp. salt
2 ½ tsp baking powder
3 tbsp butter flavored shortening (or butter) 
¾ cup milk
Oil for frying
caster sugar for coating


Directions:


1) Mix flour, salt, and baking powder in a medium sized mixing bowl.
2) Crumble and incorporate the shortening into the flour mixture until there are no large clumps remaining.
3) Add the milk and stir just until the dough forms into a ball.
4) Knead 8-12 times. Don’t over knead.
5) Heat an inch or two of oil over medium to medium-high heat.
6) Take a ¼ cup of dough and roll into a ball. Gently flatten to resemble a biscuit shape. ~ NOTE:agar donut lebih crunchy bila digoreng
7) Fry in oil until both sides are very lightly browned, about 2 minutes per side.
8) Roll the donut around on a plate spread with sugar (add cinnamon powder to the caster sugar).

Sunday, June 8, 2014

pretzel choc

Ini kesukaan anak-anak. Mereka boleh buat sendiri dah kalu nak makan. Senang sangat, kata huzaifah. Celup je dalam coklat masak yang dicairkan.


Sambal Hitam Pahang

Baru-baru ni ada kakak seorang sahabat beri 1 beg plastik besar buah belimbing buluh, banyak tu. Terus teringat resepi ni, dah jumpa lama dah, tapi tak cukup bahan. Rasa macam sedap je tengok.

Tapi, nak sediakan belimbing buluh kering tu memang makan masa yang lama. Saya masak sampai dua hari baru kering. Tak larat nak tunggu seharian didapur, sambung esok masak sampai kering and simpan dalam fridge. Tahan lama jugak. 
Dari satu beg plastik tu, dapat banyak juga bila dah kering and dah masak 2 kali, boleh buat sekali lagi untuk ramadhan yang akan muncul tak lama lagi, buat pembuka selera...memang best. Anak-anak pun pandai makan. Ini pertama kali makan lauk ni.Walaupun DH orang pahang, tapi saya tak pernah pulak jumpa lauk ni. Rupanya, sambal hitam ni lauk tradisi daerah Raub, pahang.

Jom kita tengok bahan-bahannya. Original recipe dapat dari SINI.


SAMBAL HITAM PAHANG
Bahan-bahan

½ cawan belimbing buluh rebus
½  cawan cili padi  ~ boleh kurang jika pedas sangat
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek ~ cuci, rendam sebentar
6 ulas bawang merah ~[3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa


1 cawan minyak masak

Cara-cara
1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh rebus. Kuantiti belimbing buluh terpulang ikut selera masing2.  Belimbing rebus kering ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. 
UNTUK REBUS BELIMBING BULUH:
Belimbing dicuci bersih. Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan. 

UNTUK SAMBAL HITAM:
2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh rebus juga separa lumat.
3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.  
4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok.   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...