Friday, July 27, 2012

Chocolate Chips Cookies

Baked dah lama, tak sempat nak post je resepi ni. My family enjoyed this cookie. Another version of choc chip cookie...Tak ingat ambik kat mana, but thanks to the contributor, sudi share recipe..I ran out of cocoa powder, ganti dengan ground hazelnut. Memang sedap













CHOCOLATE CHIP COOKIE

Bahan-bahan:

250 gm mentega ~ biar pada suhu bilik
150 gm gula kastor
1/2 tsp  vanilla essence
1 biji kuning telur

1 cup coklat chip
100 gm walnut/almonds/hazelnut ~ di potong kecil2
2 1/4 cup tepung gandum   }
3 tsp serbuk koko               }
2 tbsp tepung jagung          }  ~ diayak 
1/2 tsp soda bikarbonate    }
2 tbsp susu tepung             }
Secubit garam                   

Cara-cara:


1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan gaul hingga sebati dengan senduk.
4. Masukkan coklat chip dan kacang, gaul rata.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang diglis mentega atau dialas dengan kertas minyak.
6. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar, jarakkan kerana doh akan mengembang.
8. Bakar pada suhu 160'C selama 15-25 minit menggunakan api atas dan bawah.
9. Sejukkan dahulu biskut dalam tray sebelum disimpan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...