Tuesday, October 19, 2010

Cookies post Raya

Sebenarnya, cookie ni ade buat for raya, but sikit je, for all the hungry tummies kat rumah tu. Plan nak buat sikit after raya jugak, then ade order pulak, so buat sekali lah.

Snow Almond cookie

SNOW ALMOND

Bahan A 
220gm mentega
1 tbsp shortening 
1000gm gula kastor
1 tsp esen kopi
1 biji kuning telor

Bahan B
220gm tepung gandum
50gm nestum - dikisar halus
2tbsp coffeemate
70gm tepung sagu/ubi
40gm badam kisar


Bahan hiasan
serbuk roti putih (white breadcrumbs)
sedikit coklat masakan - cairkan

Cara-cara:
1. Pukul mentega, gula kastor & shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi & kuning telur, gaul rata.
2.Satukan kesemua bahan B & masukkan kedalam adunan A sedikit demi sedikit, gaul rata.
3. Bentukkan & bakar pada suhu 170'C selama 20 minit. Sejukkan.
4. Setelah sejuk, celupkan dalam coklat masakan, dan golekkan pula dalam serbuk roti putih.

Nota: Cookie ni bila dah dicelup & gaul dengan serbuk roti, jadi tebal sedikit, jadi, semasa dibentuk, buatlah agak nipis dan kecil sedikit. 

BISKUT SAMPAN - resepi asal dari Zaliana

Bahan-Bahan
125gm butter
75gm gula halus
2 kuning telor
200gm tepung gandum
1 tsp esen vanila

Inti:
1/2 cawan kismis hitam
1 cawankelapa parut kering
10 biji ceri merah - potong kecil
10 biji cerihijau - potong kecil
1/2 cawan susu pekat

Cara:
1. Satukan mentega & gula, pukul hingga kembang. Maukkan kuning telur & esen vanila, masukkan tepung sedikit demi sedikit., gaul rata.
2. Untuk inti, satukan semua bahan kecuali ceri.
3. Masukkan sedikit adunan kedalam acuan sampan, tekan dengan jari. Kemudian masukkan inti. Susun ceri merha dan hijau diatasnya.
4. Bakar pada 170'C hingga masak.

This is my favorite kuih, other than tat nenas. Dah jarang jumpa kuih-kuih lama ni.  

Thursday, September 23, 2010

Balik kampung

Kami pulang beraya 2 hari sebelum aidil fitri. Ni gambar di hari terakhir ramadhan. Dapur di rumah dah bercuti dah.


Matahari terbit di pantai gebeng..

Happy Birthday

Hari jadi zulaikha was on the 31st of august, anak merdeka. I remembered the night she was born when I was admitted, the nurses remarks " kalau akak bersalin pagi tadi boleh masuk tv..ramai reporter dtg..."...well, tak masuk tv, tapi dapat hamper je...

Today I cooked Mee rebus for iftar.
Sebab sendiri nak makan kan, so banyak la isi-isinya..Sampai taugeh dan bawang goreng pun tersorok dah..Ni mee rebus biasa je..my favorite is mee rebus jawa..sedap...

Selamat Hari Raya

Masih belum terlambat to wish everyone Eid Mubarak..
I have been busy with my sewing and raya cookies order during daytime in ramadhan, therefore, a belated entry during ramadhan for some of the following posts. After raya, still buat kuih, untuk kaum kerabat yang akan 'terbang' dan singgah sebelum 'terbang'. Semoga yang dah terbang tu, selamat sampai ke destinasi.

 Bubur chacha ni  requested by abg amir..I put some chopped keledek and biji sagu utk pekatkan sedikit kuahnya.







Donuts ni abg zikry request for his and zulaikha's birthday. Birthday di bulan ramadhan, kita makan ringan-ringan je..Sedap donuts ni from Big Apple..






Ayam panggang di makan dengan Nasi ayam.
Ayam ni di panggang dengan sedikit sos barbeque, kicap manis dan mushroom barbeque sauce.




Nasi ayam berlaukkan ayam panggan dengan salad simple je..

Monday, August 30, 2010

Nasi Beriani


This was our menu last saturday..All the kids are home for Nuzul Quran holiday..cuti panjang sampai 31st august..Someone's birthday just round the corner...Siapakah itu...

Ayam goreng guna tepung herba HPA. Dah lama tak beli ayam, trying to reduce intake of ayam dari menu harian kami..
Roti jala dimakan dengan daging berempah. Ingat nak buat kari, tapi kari ni tak berapa jalan sikit dirumah kami..

Resepi Roti Jala

2 cawan tepung
2 cawan air
1 biji telor
1 tsp garam
sedikit pewarna kuning

Blender semua bahan, supaya tak bergentel, biar 1/2 jam. Masak atas kuali leper dengan api kecil. 
Sayur salad ni is daddy's favorite.
Nasi  Beriani dengan ayam goreng, salad dan daging rempah.


Baked macaroni and cheese

Ini menu permintaan kakak Iman. First time berpuasa di asrama, bila balik request ibu for this dish.

You can see the melted cheese drippings...I baked ala-ala lasagna, but I put extra sauce so that the macaroni will be a bit wet...Kalau kering tak sedap sangat..









Pizza ni masak a few days ago, requested by Zulaikha.
A slice of my seafood pizza. Nampak tak sotong dan udang plus filamen ketam and some tuna..Kami dah lama tak beli pizza di luar..Buat sendiri boleh letak banyak topping and we can have 2 large pizzas much-much cheaper...







One large pizza still in the pan..2 large pizzas for our family, when everyone is home..

Menu for Iftar

Among the dishes we had recently.

Huzaifah can eat 3 pieces of these. Just imagine if I had to buy for us all...










Still hot and crusty with the juicy apple filling..sedapnya...

Ni, my second try buat apple pie guna puff pastry.











Masa first time buat, agak terkejar-kejar sebab nak hantar sikit pada iman. This round, I didn't slice the top crust and no eggwash..express punya pasal..and the filling was bit dry because the sides tu terbukak sikit lepas bakar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...