Tuesday, August 20, 2013

Ayam masak kicap cendawan

Baru-baru ni little anas minta masakkan ayam kicap. Tapi hari-hari ada lauk ayam sepanjang cuti raya baru ni, i didn't cook any for him yet. Balik rumah makan ikan je. Today baru masakkan dia lauk ayam. Balik sekolah terus tanya soalan lazim 'Ibu masak apa hari ni?'...

RESEPI AYAM MASAK KICAP SHIITAKE (chinese style)
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam ~ di potong kecil
1.5 inci halia*
6 ulas bawang putih*
3 tbsp kicap manis
3 tbsp kicap masin
3 tbsp sos tiram
10 biji cendawan shiitake ~ belah 4
6 cili kering ~ gunting pendik2
4 tangkai daun bawang ~ di hiris
1 tsp tepung jagung ~ bancuh dengan 1/2 cawan air
Sedikit kunyit
Garam
Air
(* di ketuk)
Cara:
1. Gaul ayam dengan kunyit & garam, goreng sebentar.
2. Tumis bawang putih & halia sebentar, masukkan sedikit air, biar mendidih.
3. Masukkan kicap, sos tiram, cendawan & ayam goreng tadi.
4. Gaul rata, biar sebentar, masukkan cili kering.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung. Gaul rata, masukkan daun bawang.
6. Sedia untuk di hidang.

Nasi Dagang

Dah lama nak buat nasi dagang ni tapi ada saja halangan. Kali ini dapat juga buat dan alhamdulillah, menjadi. Ini adalah resepi nasi dagang terengganu, favorite DH. Biasanya sedara disana guna rempah gulai cap ros, tapi takde stok pula disini. Saya guna rempah gulai nasi dagang yang dibeli di pasar, orang ganu jual dah siap dipeketkan. Nanti balik kampung kena cari lagi buat stok. Resepi asal dapat dari sini tapi saya kurang kan sikit beras, Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.


RESEPI NASI DAGANG TERENGGANU
Bahan-bahan
Untuk nasi:
3 cawan beras wangi
1 cawan beras pulut
400 ml santan
3 ulas bawang merah ] di hiris halus
1/2 inci halia.              ]
1 tbsp halba
Garam
Cara:
1. Rendam beras semalaman atau sekurang-kurangnya 3 jam sebelum.
2. Cuci bersih, tos airnya.
3. Kukus beras selama 5 minit.
4. Campur 100ml santan dengan 100ml air untuk dijadikan santan cair. Gaul beras yang dikukus tadi dengan santan cair.
5. Kukus semula selama 45 minit atau hingga nasi masak.
6. Baki 300 ml santan di gaul dengan halba, bawang dan garam.
7. Kukus lagi selama 5~10 minit.
8. Hidang dengan kuah gulai dan acar.

RESEPI KUAH GULAI IKAN AYA(IKAN TONGKOL)
Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol ~ saya guna ikan tenggiri, tak makan ikan aya
400 ml santan
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 inci lengkuas*
15-20 cili kering ~ gunting kecil, rebus, dikisar
6 asam keping
2-3 tbsp rempah gulai nasi dagang
Gula kerek ~ gula nisan/ gula melaka
5-6 biji cili padi/ 1 biji cili merah
Garam
Sedikit belacan
(* dikisar)

1. Rebus ikan dengan asam keping & sedikit air hingga masak.
2. Masak santan dengan 1 liter air dalam periuk berasingan dengan api perlahan selama 30-40 minit. Kacau selalu agar tidak berketul.
3. Tumis cili hingga garing, masukkan rempah. Biar hingga naik bau & pecah minyak.
4. Masukkan bahan tumis & bahan kisar, nisan,garam kedalam rebusan santan.
5. Masak hingga mendidih, masukkankerisik, cili & ikan bersama air rebusan ikan.
6. Biar kuah pekat sedikit, hidangkan.

RESEPI ACAR TIMUN MENTAH
Bahan-bahan:
2 biji timun ~ buang biji, potong memanjang
1 biji lobak merah ~ potong memanjang
2 biji cili merah ~ hiris serong
2 biji bawang merah~ mayang
1/2 inci halia ~ hiris halus
1 tsp garam
1 tbsp gula
Sedikit cuka masak ~ saya guna perahan limau nipis

Cara:
1. Campurkan semua bahan.
2. Masukkan perahan limau nipis, gaul rata.

Thursday, July 18, 2013

Roti Jala

Dapat sepinggan penuh.

Hentam saje la..he..he.dibantu oleh assist chef zulaikha

Acuan yang diguna untuk menjala. Botol mayonnaise beli di DAISO.

Makan dengan gulai nasi dagang

Resepi nanti update ya..kalu rajin boleh cari di label kuih-muih.


Wednesday, July 17, 2013

TEPUNG PELITA

Anak bujang yang cuti panjang kat rumah request kuih ni untuk berbuka. Anakt-anak book 1 kuih favorite mereka untuk berbuka, tapi kena ikut turn la kan. Kekadang masak yang dah frozen kan siap-siap, macam karipap & donut. Masak kuih untuk berbuka, tapi selalunya balik terawih dah licin. Resepi asal dari yani@myresepi.com.

RESEPI KUIH TEPUNG PELITA
Bahan-bahan:
Untuk lapisan bawah(hijau):
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan ~ blender dengan air & tapis airnya
Sedikit kapur
Untuk lapisan atas(putih):
4 sudu (ratakan) tepung beras
4 cawan santan dari 1 biji kelapa
Sedikit garam
Cara:
1. Bancuh tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2.Perah santan, masukkan tepung yang 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masak tepung yang diadun(lapisan bawah) dan kacau hingga masak dan berkilat ( hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ).
4. Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Kemudian masak pula adunan santan (lapisan atas) yang diadun tadi dan kacau sehingga adunan pekat ( hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ).
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan.
NOTA: 
1. Untuk membuat kuih ni  basah2 seperti kuih dibeli. Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, saya taruk 2 sudu besar tepung ubi. 
2. Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dalam bekas, sudukan dulu sedikit gula ke atas lapisan hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih. Saya taruk 1/2 sudu kecil gula pasir.

Tuesday, July 16, 2013

MARBLE ALMOND SHORTBREAD

Dah buat kuih raya?
I have made this cookie several times tapi lupa je nak ambik gambar. Kuih ini di bake guna loyang 12x12 yang ada potongan pisau. Kalau tiada, kena lah potong dengan pisau. Tapi size biskut nanti tak berapa cantik sebab potongan tak sama besar.
Somebody dah banyak kali minta this recipe, but I keep forgetting? So, yang berkenaan tu, silalah salin dan buat banyak-banyak. Nanti boleh 'tapau' sikit ;-)

Resepi Biskut Marble Almond Shortbread

Bahan Shortbread:-
300 g tepung gandum
125 g gula halus
80 g serbuk badam
250 g mentega
110 g susu tepung

Coklat Topping:-
350 g cooking chocolate
1 camca teh shortening
200 g white cooking choclate

Cara membuatnya:-
1. Satukan semua bahan2 untuk shortbread dalam satu bekas, gaul hingga adunan menjadi doh yang lembut.
2. Keluarkan alat pemotong dari acuan, alas dasar tin dengan kertas minyak, biar besar dari saiz tin.
3. Masukkan doh tadi ke dalam tin dan ratakan hingga memenuhi tin. Tekan2 supaya sama rata dan seimbang.
4. Masukkan kembali alat pemotong dan tekan perlahan hingga rata. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 20 minit.
5. Keluarkan dari oven, biar suam dan keluarkan alat pemotong tadi dan biar shortbread betul2 sejuk.
6. Panaskan coklat masakan secara double - boiler, bila coklat cair, masukkan shortening dan kacau hingga rata. Angkat coklat tadi dan tuang atas shortbread.
7. Ratakan coklat hingga memenuhi permukaan shortbread. Ketepikan sebentar.
8. Cairkan white chocolate secara double - boiler.
9. Bila cair masukkan dalam piping beg dan paipkan beberapa garisan memanjang atas coklat tadi. Bila siap. Ambil lidi sate , lorek ke kanan dan ke kiri secara melintang garisan coklat putih tadi hingga mendapat corak yang diingini.
10. Kemudian, masukkan kembali alat pemotong tadi dan tekan perlahan2. Sejukkan dalam peti sejuk hingga topping coklat keras.
11. Keluarkan alat pemotong dan boleh diasing2kan shortbread tadi sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..

Thursday, July 11, 2013

Kek Karamel

Selamat berpuasa kepada semua.
Kek ni di buat menyambut kedatangan ramadhan pada tahun ini.


Tuesday, May 21, 2013

Puding Raja


Sekarang ni cuaca di sini amat panas dan terik sekali. Tak sanggup nak berlama di luar rumah kalau tak kerana ada urusan. Lepas mandi, masih berpeluh lagi. 

Resepi ni asalnya dikongsikan oleh Tengku Puan Pahang, Tengku Hajah Azizah Aminah dalam buku masakannya bertajuk "Air Tangan Tengku Puan Pahang". Saya sedang mencari buku ini untuk koleksi. Kalau sesiapa ada terjumpa dimana2 yang menjual buku ini, please inform saya. DH tak pernah makan puding ni walaupun lama menetap di Pahang..Jala emas pun dia tak pernah tengok..ishh..apa lagi la kita ni yang asal Johor, dengar pun tak pernah..


Jala emas ni agak leceh sikit nak buat, tapi bahannya senang aje.

RESEPI JALA EMAS

Bahan-Bahan:

15 biji kuning telor ayam kampung  ~saya guna telor ayam biasa
500 gm gula pasir  ~saya kurangkan jadi 450
1 liter air
6 helai daun pandan

Cara:

1. Asingkan kuning telor dari putihnya. (ambil telor dari peti sejok kerana mudah untuk diasingkan ketika sejuk)
2. Tapiskan kuning telor kedalam bekas, biarkan sebentar pada suhu bilik.
3. Masukkan kedalam bekas untuk dikirai seperti roti jala. Saya gunakan bekas yang dibeli di Daiso untuk simpan mayonnaise, yang bercorong halus tiga.
4. Campurkan air, gula & daun pandan ke dalam periuk, masak hingga mendidih, padam.
5. Tapis air gula tadi kedalam kuali, didihkan semula dengan api sederhana sehingga agak pekat sedikit.
6. Kirai telor tadi menjadi juraian halus jala emas. Jika air gula dah pekat sangat, tambahkan sedikit air panas.
7. Angkat dan toskan. Leraikan gumpalan jala emas dengan garfu perlahan-lahan agar tidak putus.


Original resepi dari buku: AIR TANGAN TENGKU PUAN PAHANG
RESEPI PUDING RAJA

Bahan-bahan:

4 sikat pisang lemak manis ~ dibuang kulit
1 cawan biji gajus ~ goreng dengan sedikit minyak sapi hingga perang
2~3 genggam jala emas
200 gm buah prune ~ belah 4
ceri merah /hijau
sedikit strawberry ~ saya tambah untuk kurangkan rasa manis
2 tbsp minyak sapi
minyak untuk menggoreng

Untuk Kuah puding:
Bahan-bahan:

1 tin susu cair
1 biji telor
1 tin air ~ saya suka berkuah
1 tbsp tepung kastad
4 tbsp gula ~ nak manis boleh lebihkan
1 tsp esen vanila
daun pandan ~ disimpul

Cara-cara untuk kuah:
1. Pukul telor dengan gula, masukkan vanilla, gaul rata.
2. Masukkan susu dan air, gaul hingga sebati.
3. Masukkan daun pandan.
4. Masak atas api sederhana. Kacau selalu agar tidak bergentel dan hangit.
5. Biar mendidih, padam api. Keluarkan daun pandan.

Untuk Puding Raja:
1. Goreng pisang dalam minyak panas bercampur dengan minyak sapi hingga jadi warna coklat.
2. Kedap dengan tisu untuk serapkan minyak.

Untuk menghidang:
1. Aturkan pisang goreng 2~3 lapis dalam bekas.
2. Tabur jala emas.
3. Atur prun, ceri, gajus & strawberry.
4. Tuang kuah di atasnya bila sedia dimakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...