Tuesday, October 30, 2012

Ikan goreng bercili

Dah lama tak update blog ni. Di sibukkan dengan anak-anak yang menghadapi peperiksaan UPSR, PSRA, PMR dan peperiksaan akhir tahun yang berturutan. Yang ambik exam ada 4 orang, cikgu yang mengajar hanya seorang....'me, myself & I' as a cikgu tuition, chef, supir , tukang kebun lagi, dengan laundry nya lagi. Memang harus meng adakan masa untuk setiap tugasan/tanggung jawab walaupun diri ini kekadang mengah. And still, they say SAHM are ladies of leisure...

Anyways....menu ini amat digemari semua, anak-anak & dear hubby juga. Lauk yang amat simple, even kakak Iman pun dah boleh buat..


RESEPI IKAN GORENG BERCILI

Bahan-bahan:

Ikan kerisi/ikan kerapu
2 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
2 cili merah
1 cili hijau
3-4 cili api

1. Goreng ikan dengan kunyit dan garam, toskan minyak.
2. Cincang semua bahan kecuali ikan.
3. Panaskan mminyak, dan tumis bahan cincang tadi hingga layu, masukkan garam dan padam api.
4. Masukkan ikan yang dah digoreng tadi, ratakan pada ikan.
5. Sedia untuk dihidang.

Senang sangat kan!

Friday, October 19, 2012

Berusaha keras demi keluarga

Ingin saya kongsikan kisah yang dibaca dari majalah Solusi isu 48.

Seorang ayah yang mempunyai tiga orang anak bekerja keras untuk mengubah nasib keluarganya. Sekadar bekerja kilang tidak memadai untuk menanggung keperluan keluarga. Si ayah mengambil keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma. Kesannya, si ayah bekerja pada waktu siang dan menghadiri kelas pada waktu malam. Hari cuti minggu juga digunakan sepenuhnya untuk mengulangkaji. Isteri dan anak-anaknya merungut kerana ayah mereka tiada masa untuk bersama-sama mereka. 

Walaupun kini telah menjawat jawatan sebagai penyelia, si ayah terus mendaftar untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana muda bidang pengurusan pula. Si ayah terus sibuk termasuk pada cuti hujung minggu dengan pelbagai tugasan akademik atau kebanyakan masa dihabiskan di perpustakaan.

 "Abang, carilah masa untuk anak-anak kita juga. Kasihan mereka, tidak dapat merasai kasih sayang abang," nasihat si isteri kepada suaminya. "Abang lakukan semua ini demi keluarga kita juga agar suatu hari nanti kita hidup selesa dan mewah. Abang memang ingin peruntukan masa untuk keluarga, tetapi buat masa sekarang abang masih sibuk lagi."

 Setelah bertungkus lumus, si ayah kini berhasil menggenggam ijazah tersebut. Apa lagi, dia terus ditawarkan jawatan sebagai penolong pengurus. Gajinya dua kali ganda daripada sebelumnya. Dari rumah pangsapuri sempit, mereka kini berpindah ke rumah teres sederhana besar. Hidupnya kini lebih selesa dan mampu menunaikan segala keperluan material isteri dan anak-anak. Tidak cukup dengan itu, si ayah terus bekerja keras di samping menyambung lagi pengajian ke peringkat zarjana pula. Dua tahun kemudian, ijazah sarjana sudah berada dalam genggaman.

 "Abang memang mahu peruntukan masa untuk isteri dan anak-anak, tetapi abang sibuk sekarang. Abang lakukan semua ini pun untuk keluarga kita." Itulah alasan yang sering diberikan. Setiap cuti hujung minggu digunakan samada untuk klien, menghadiri kursus, menghadiri mesyuarat di luar dan pelbagai urusan lagi. 

Akhirnya, dia berjaya mencapai segala apa yang dihajatinya. Dia berkata kepada anak-anak dan isterinya di rumah baru mereka, banglo mewah di atas bukit: "Ayah dah buat keputusan akan berhenti mengejar kerjaya dan kemewahan kerana ayah telah berjaya mendapatkan segala yang ayah hajati. Jadi mulai hari ini, ayah akan habiskan masa bersama-sama keluarga." Keesokannya, si ayah didapati meninggal dunia dalam tidur disebabkan serangan jantung. 

Pengajaran:  Tidak salah sibuk mengejar ilmu dan harta dunia, namun pastikan juga aspek kerohanian dan kekeluargaan tidak terpinggir. Jangan terlambat kerana mati datang secara tiba-tiba.

Friday, August 31, 2012

Kuih Putri Ayu

Ni salah satu menu iftar tempohari, tak sempat post masa ramadhan. Original recipe from here.


Kuih Seri Ayu

Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )

2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 tsp ovallete
1 tsp  ~ saya guna air dari daun pandan kisar
pewarna hijau
kelapa parut putih ~ campur dgn sikit tepung gandum, 1tsp baking powder dan garam

Cara-cara

1. Pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovallete dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lagi hingga sebati
3. Isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkan adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.

Petua untuk kuih yang lembut dan gebu:
~ pukul dulu telur hingga berbuih, baru masukkan gula, dan pukul lagi sampai betul-betul kembang, kemudian baru masukkan ovallete, bila masukkan ovalette tu pukul lagi sehingga ovalette tidak kelihatan dalam adunan, dan akhirnya baru masukkan bahan-bahan yang lain.
~ sapu acuan dengan sedikit minyak agar kuih mudah dikeluarkan setelah masak.

Mee Rebus Johor

Selamat Hari Raya buat semua. Marilah kita rapatkan ukhwah dengan saling kunjung mengunjung tanpa perlu menunggu jemputan open house, sementara hayat kita masih ada.

Resepi ni di kongsi oleh kawan sekolah lama, dr jah nun di jb tu.


MEE REBUS JOHOR

Bahan-bahan:

1 kg mee kuning ~ di celur
300 gm daging tetel ~ di rebus hingga empuk
250g udang basah - direbus, isi udang di blend. Kulit  udang nak blend pun boleh, toskan air masuk kedalam air rebusan semula.
500 g keledek - direbus and dilenyek

Bahan kisar 1:

2 tbsp serbuk ketumbar
1 tbsp jintan manis
1 tbsp jintan putih

Bahan kisar 2:

6 ulas bawang besar
6 ulas bawang putih
15 tangkai lada kering - rendam
2inci lengkuas
2-3 tbsp serbuk kari
4 tbsp tauchu

3 batang serai - dititik
Sedikit minyak untuk menumis
2 Senduk tepung gandum ~ dibancuh dgn sedikit air.
Garam dan gula secukup rasa

Untuk hiasan:

Tauge
Telur rebus
Tauhu goring - dihiris nipis
Limau kasturi ~ belah dua
Daun bawang
Daun sup

Cara:

1. Tumis bahan kisar #1 sehingga harum. 
2. Masukkan bahan kisar #2 dan tumis hingga terbit minyak.
3. Masukkan semua air rebusan  dengan isinya. 
4. Masukkan tepung gandum yang telah dibancuh tadi. 
5. Masuk kan keledek  penyek. Biar kan sampai mendidih. Masukkan garam dan gula ikut rasa.. 

Lost a friend

I was so shocked when I got the news that a friend had suddenly collapsed and passed away without regaining consciousness. The family had to make a difficult decision based from the brain stem tests to have the life support machine removed from her after 3 days. Semoga suami dan dua anaknya tabah dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Dari Allah kita datang, dan kepadaNya juga kita kembali. Yang pasti masa untuk sahabat ini, Nura Che Din telah tiba untuk bertemu penciptaNya, dan kita juga PASTI menyusul. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di ampunkan segala dosanya. Al-fatehah.

Sempena syawal yang mulia ini, sama-samalah kita memaafkan semua insan  baik yang hidup maupun yang telah tiada. Minggu pertama syawal ini, empat berita kematian telah saya terima. Pemergian sahabat ini secara mendadak sangat menginsafkan diri ini.

Saturday, August 18, 2012

CARAMEL CAKE

Sangat menarik...Original recipe dari SINI.

Caramel Cake


Bahan-bahan:


Utk KARAMEL:(gandakan dua kali untuk dapatkan lapisan caramel yg cantik)
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karamel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )



Utk kek bahan 1:
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.



Utk kek bahan 2:
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak kedalam bahan 1 tadi.
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.



Utk Meringue:
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tartar dan terus pukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan meringue kedalam adunan tepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan meringue dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.



Utk adunan:
Bahagikan adunan kek tadi kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Selang selikan warna-warna tadi untuk lapisan marble.
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.



Utk bakar kek dgn kaedah steam bath:
1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170 C.
2. Masukkan kek dalam oven dan tukar pada suhu 160C.
3. Gunakan api bawah sahaja. 

Kaedah Steam Bath 
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak, biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Monday, August 13, 2012

Ikan kicap masak bali

Lauk yang simple je..


Lauk yang simple je..

Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal ~ potong 2, goreng sebentar dengan kunyit
1 tsp serbuk ketumbar
1 tsp jintan manis
1 batang serai ~ diketuk
4 ulas bawang merah ~ hiris
2 ulas putih ~ hiris
sedikit kicap
1 biji cili hijau
1/2 inci halia ~ hiris

Cara:
1. Tumis bawang merah dan putih hingga layu.
2. Masukkan serai, halia, serbuk ketumbar dan jintan manis, gaul rata.
3. Masukkan kicap dan sedikit air, biar mendidih.
4. Masukkan ikan dan garam, gaul rata, dan padam api
5. Masukkan tomato belah 4. Sedia untuk di hidang.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...