Tuesday, December 23, 2014

MEE KARI

Sedap mee kari ni, resepi asal dari SINI




RESEPI MEE KARI


Bahan Untuk Menumis 
1 senduk minyak masak
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 tangkai daun kari di raut
2 batang serai di titik perdunya

Bahan Kisar
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 batang serai ~ ambil bahagian putihnya sahaja
1 inc lengkuas
2 inc halia
3 biji buah keras
1/2 cawan udang kering ~ di rendam hingga lembut dan kisar
20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan kisar halus
4 sudu besar rempah kari Baba's

Bahan Stock
1/2 kg udang basah

1. Udang basah ni dibahagi dua.

2. Satu bahagian dibuang bahagian yang tajam, belah belakang dan buang tali atau urat hitam kat belakang badan dia tu, kemudian kita cuci bersih dan asingkan.

3. Satu bahagian lagi di asingkan isi udang dari kulit dan kepalanya.

4. Rebuskan kulit dan kepala udang tadi dengan sedikit air hingga mendidih. Biarkan sejuk kejap, kemudian kisar dalam blender hingga halus, tapis airnya.
4. Kisar halus air tapisan kulit udang dengan isi udang untuk hasilkan stock udang. Stock ni boleh disimpan dalam freezer untuk kegunaan masakan lain juga, seperti laksa atau tom yam.


Bahan Perasa
1 buku gula Melaka
3 keping asam keping
300 ml santan Kara atau 2 biji santan kelapa
1 kiub daging
1 kiub ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
Boleh juga tambah maggi secukup rasa

Bahan-bahan lain

1/2 kg daging batang pinang ~Jika guna daging lain rebus dahulu hingga empuk
udang basah ~ yg telah di asingkan dari 1/2 kg penyediaan stock udang tadi
fish ball ~ ikut suka
1 cawan isi kerang
8 keping tahu pong ~ di belah 2
3 biji kentang ~ hiris bulat dan goreng, kemudian kisar halus
air secukupnya

Cara masak kuah:
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis, daun kari dan serai hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar.
3. Masukkan cili kering kisar, udang kering kissar, dan rempah kari.
4. Kacau dan masak hingga garing dan terbit minyak.
5. Masukkan stok udang, kacau hingga terbit minyak.  Masak semua ini dengan api sederhana dan lama sedikit agar bahan betul-betul masak dan garing.
6. Masukkan daging bersama air rebusan, biar mendidih dan daging empuk.
7. Masukkan gula melaka, asam keping, kiub daging & kiub bilis, dan santan.
8. Renihkan kuah sebentar.
9. Masukkan udang basah, kerang, & fishball, biarkan masak sebentar.
10. Masukkan garam, gula, & kentang kisar. Gaul rata.

Bahan hiasan yang di makan bersama :

1 ikat sawi ~ potong dan celur
1 mangkuk taugeh ~ buang akarnya, nak celur boleh tak nak celur pun ok!
3 batang timun ~ buang kulit, hiris halus bulat-bulat, jangan ambil bahagian tengahnya yang lembut.
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Telur burung puyuh/telur ayam ~ di rebus dan kupas kulitnya
limau kasturi
bawang goreng
Lada merah sebagai hiasan
Jeruk lada untuk di makan bersama
Mee kuning secukupnya

Sunday, December 14, 2014

LAKSA NYONYA

RESEPI LAKSA NYONYA

Bahan:

50 gm bawang merah
15 gm serai
10 gm halia
10 gm bawang putih
7 gm lengkuas
220 gm tauge
100 gm bunga kantan ~ mayang
250 gm timun ~ hiris halus
200 gm bebola ikan
250 gm udang basah
50 gm cili kisar
5 gm serbuk kunyit
15 gm cili merah ~ hiris
1 kg santan
50 gm mee hoon ~ di celur
60 gm minyak
garam

Bahan hiasan:
timun 
tauge
bunga kantan

Cara:
1. Tumbuk bawang merah, serai, halia, lengkuas , bawang putih. Gaul kunyit.
2. Tumis bahan tumbuk tadi hingga garing, masuk cili kisar. tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan santan, masak hingga mendidih. Kacau selalu agar santan tidak pecah minyak.
4. Masukkan udang dan bebola ikan, garam.
5. Untuk menghidang, masukkan meehoon, letak timun hiris, tauge, bunga kantan. Tuang kuah. Hias dengan cili hiris.

Friday, December 12, 2014

SAMBAL PUDINA

RESEPI SAMBAL PUDINA

Bahan:

1 ikat daun pudina
1 ikat daun ketumbar
cili api
bawang besar
1 ulas bawang putih
buah tomato
air limau nipis
1 tbsp yogurt 
garam

Kisar semua.

Thursday, December 11, 2014

IKAN BAKAR BEREMPAH

RESEPI IKAN BAKAR

Bahan:

1 ekor ikan senangin ~ belah dua di belakang
2 biji cili merah
5 biji buah keras
5 ulas bawang merah
4 helai cili kering
sehelai daun limau purut 
sehelai daun kunyit ~ hiris halus
2 biji limau kasturi
garam, minyak
daun pisang

Cara:

1. Tumbuk semua bahan tadi hingga naik bau, kecuali daun kunyit & limau.
2. Masukkan daun kunyit & garam.
2. Alas daun pisang di atas aluminium foil.
3. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam belahan ikan. Jika ada lebihan, tuang atas ikan. Perah limau atas ikan.
4. Bungkus ikan dan bakar atas dulang dalam oven hingga masak.

Tuesday, December 9, 2014

HARAPAN


Orang paling romantik ialah Baginda saw..
Jom mulakan dengan pegang tangan pasangan kita. Berpegangan tangan menyebabkan dosa berguguran...Indahnya pegang tangan pasangan kita yang halal dipegang. Sebelum pergi atau balik kerja kita pegang tangan pasangan kita.......Rahmat keatas mereka yang buat perkara yang halal..Tengah duduk-duduk pegang tangan mereka.....jangan pegang tangan bukan mahram.
Lihat mata mereka dengan perasaan kasih sayang. Terima kasih kerana sudi menjadi pasangan saya..Melihat mereka dengan perasaan syukur pada Allah...Lihat bila mereka mula berkata-kata..Beri perhatian sepenuhnya..Lihat dan cari kecantikannya dan kebaikannya...Bila Syukur Allah akan tambahkan nikmat..
Bila mereka mula bercakap beri perhatian sepenuhnya dan jangan potong mereka bercakap...Cuba memahami perasaan mereka...
Lidah kita sentiasa memanggil mereka dengan panggilan yang mereka paling suka..Sayang abang yang cantik, menawan, manis, baik hati, solehah, lemah lembut, terima kasih kerana sudi jadi isteri saya..Saya sangat sayang awak kerana Allah...
Dukung sekali sekala seperti Nabi saw dukung Aisyah...kenakan pipi dengan penuh sayang dan manja...
Mandi sekali dan bergurau ketika mandi bersama.Nabi saw pernah lakukan..
Bukakan pintu dan pegang tangan isteri ketika naik dan turun kereta atau semasa ke pasar....
Makan berjemaah dan sekali sekala suapkan satu sama lain..Minum di tempat yang sama...
Macam baru kahwin semalam. Macam baru nak bercinta..Macam baru jatuh hati. Macam ini hari terakhir dalam dunia. Bercita-cita nak bersama dalam syurga
Selalu kata salah saya.....minta maaf dan memaafkan..Tidak hina kerana mengaku salah...
Tahajud bersama-sama. Menangis kerana Allah bersama-sama...Belajar ilmu bersama-sama....Berdakwah bersama-sama....Hidupkan rumah dengan Al-Quran dan hadis Nabi saw...
Seorang masak, seorang sibuk tolong basuh pinggan...Makan dengan menikmati makanan menggembirakan yang masak...
Seorang basuh baju, seorang tolong angkat baju...
Seorang siram bunga, seorang betulkan pasu dan sekali sekala betulkan isteri...
Seorang marah, seorang diam dan minta maaf...Seorang menangis, seorang sediakan bahu untuk tempat menangis...
Bila sempit dan masalah besar dalam hidup katakan, jangan risau sayang, kita ada Allah...Sebesar mana pun masalah kita..Allah tidak pernah meninggalkan kita..Dari sebelum sehingga ia terjadi dan selamanya dia tidak pernah meninggalkan kita..Cuma kita perlu kembali pada Allah..Hanya Allah yang berkuasa..Selain daripadanya tidak boleh beri kebaikan...
Rumahtangga paling bahagia ialah rumah tangga Nabi saw...Tidak pernah akan kecewa sebuah keluarga yang bawa sunnah Nabi saw..
Tiada yang boleh bagi bahagia selain dari Allah..Allah janjikan kebahagiaan yang hakiki hanya dalam agama..
Maksud perkahwinan yang sebenarnya ialah membawa kita semua semakin mencintai Allah selamanya..Bawa seluruh keluarga kembali pada Allah..Hanya Allah yang tahu betapa nikmatnya bila sebuah keluarga bersama-sama menghidupkan Islam....Tiada wang ringgit atau sebanyak mana pun tidak dapat ganti kebahagiaan keluarga ini...Bahagia tanpa syarat...Tiada siapa boleh hancurkan bahagia ini...Kerana ini bahagia yang sebenarnya..Allah hadiahkan kepada mereka yang benar-benar membawa kehidupan Nabi saw...--Petikan dari Ustaz Ebit Liew

Saturday, November 29, 2014

RAWAN

RESEPI RAWAN

Bahan:

3 biji buah keluak ~ keruk isinya
600 gm daging tetel ~ potong kecil, rebus
1 inci halia
6 biji lada kering
1/2 inci kunyit hidup
2 tbsp ketumbar
1 tsp jintan putih
1 tbsp jintan manis
sedikit belacan
1 inci lengkuas ~ ketuk
35 biji lada hitam
1 batang serai ~ ketuk
daun salam
daun limau purut
asam jawa
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah


Cara:

1. Kisar ketumbar, belacan,lada hitam,jintan, cili kering, kunyit, halia, bawang merah & putih.
2. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan serai & lengkuas, gaul rata, masuk rebusan tetel.
4. Masukkan isi keluak, air asam jawa, daun limau & salam, garam.
5. Sedia untuk dihidang.


Friday, November 28, 2014

AYAM/ DAGING MASAK KICAP

RESEPI AYAM MASAK KICAP

Bahan:

1 ekor ayam ~ potong kecil 

Bahan A:
1 tsbp ketumbar biji  ]
1/2 tsp jintan manis  ] tumbuk kasar
1 tsp jintan putih      ]

Bahan B:
2 ulas bawang putih       ] tumbuk halus
4 ulas bawang merah     ]
2 batang serai               ]
1/2 inci lengkuas           ]
1 tsp serbuk lada putih  ]
1/4 biji buah pala          ]
sedikit cili kisar jika suka

1 inci kayu manis
4-5 kuntum cengkih
1/2 cawan santan kelapa
kicap ikut suka


Cara:
1. Ayam dibersihkan dan digoreng kunyit.
2. Tumis Bahan B dengan kayu manis & lawang, dengan sedikit lebihan minyak ayam tadi.
3. Masukkan kicap, santan & ayam. Biar pekat.
4. Jika suka, masuk cili belah & kentang goreng.

Wednesday, November 26, 2014

PARU GORENG

RESEPI PARU GORENG

Bahan:

1.2 kg paru
5 biji lada kering
1 tbsp ketumbar biiji
1/2 tsp jintan putih ~ halus
1/2 tsp jintan manis ~ kasar
sedikit kunyit hidup, garam

CARA:

1. Cuci paru, rebus dengan air yang dicampur sedikit cuka masak.
2. Masak hingga empuk, toskan dan biar sejuk. Hiris nipis.
3. Semua bahan diatas di kisar halus, perap dengan hirisan paru selama 15~20 minit.
4. Goreng.

Monday, November 24, 2014

CINNAMON PULL APART/MONKEY BREAD

Lembut sangat....Anak-anak kata macam roti paung....tapi ada cinnamon...


CINNAMON PULL APART/MONKEY BREAD

Ingredients:

1 cup warm milk
2 tsp instant dry yeast
1/4 cup sugar
1 tsp salt
1 egg ~ 50-59 gm
45 gm soft butter/margarine ~ 3 tbsp
3 cup flour 

Method

1. Add 2 1/2 cup fp flour with the rest of the ingredients in a bowl.
2. Mix with a mixer or wooden spatula, gradually add the flour as needed.
3. The  dough will be abit sticky initially, but will become smooth once it is well kneaded.
4. Let the dough rise for 30~40 minutes.
5. Punch the risen dough. And divide into small balls(30 gm each).

For the cinnamon coating:
1/2 cup butter/ margarine ~ melted
3/4 cup of caster sugar
2-3 tsp cinnamon powder ~ or more as desired
1/4 tsp nutmeg powder

1. Combine all the dry ingredients to make cinnamon sugar.
2. Dip the dough balls into melted butter and roll them in the cinnamon sugar.
3. Arrange the balls into jigsaw-type layers in a greased pan.
4. Let it rise for 20 minutes.
5. Bake in a preheated oven at 190C (170C fan forced oven) for 20 minutes or until baked .

Resepi ni boleh juga buat untuk savory bread parmesan, garlic & chives. Just use 1 tbsp of sugar instead. And untuk coating masih guna melted butter, but roll into parmesan, garlic & chives la ye.


Saturday, November 22, 2014

KEK KUKUS COKLAT LEMBAP

KEK KUKUS COKLAT LEMBAB.
MUDAH DAN MENJADI.

Bahan A

1 cawan serbuk koko 

1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B 
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan C 
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)

Cara membuatnya:
1. Ayak semua Bahan B dan ketepikan seketika.

2. Masukkan semua bahan A kedalam periuk, dan kacau hingga sebati dengan menggunakan api yang kecil. Tutup api dan sejukkan.

3. Pecahkan telur kedalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Tuang bahan A tadi bersama esen vanilla ke dalam telur tadi sambil di kacau hingga sebati.

4. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat (Bahan B) dan kacau lagi hingga sebati selama 5 minit.

5. Tuang adunan dalam loyang. Tutup loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga tutup loyang dengan aluminium foil. Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.

6. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (Didihkan air kukusan terlebih dahulu). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa.

7. Angkat dan tunggu kek sejuk dahulu sebelum di potong.

***********************

Tak sah kan makan kek coklat tanpa toppingnya. Buat topping ni ada macam cara...ini antara caranya, boleh pilih mana yang rasa senang.

Topping Coklat 1

Bahan-bahan:
150gram coklat masakan
35gram susu cair
1sudu kecil butter

Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler 
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

Topping Coklat 2

Bahan-bahan:
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu
1 sudu besar minyak masak

Cara-caranya:
1. Masak kesemua bahan atas api perlahan
2. Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

Topping Coklat 3

Bahan-bahan: 
250gram coklat masakan (potong kecil-kecil)
1sudu besar majerin/butter
130ml whipping cream

Cara-caranya:
1.Cairkan coklat secara double-boiler
2.Alihkan dr api, kemudian masukkan majerin, gula dan cream..Kacau sehingga sebati..
3.Curahkan atas kek..

Topping Coklat 4

Bahan-bahan:
1/2 bar coklat masakan
2 sudu besar butter
1/2 sudu besar gula halus
Esen vanilla beberapa titik

Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler 
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

Topping Coklat 5

Bahan-bahan:
200gram coklat masakan
2 sudu besar susu pekat
6 sudu besar air panas

Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler 
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

Friday, November 21, 2014

HOMEMADE GARLIC CRACKERS

First time nak buat crackers sendiri ni. Keluarga besar ni, kalau beli sebungkus memang lah tak cukup.

Anak-anak suka garlic bread and if ada garlic spread, bau garlic je la kat rumah, bila they toast roti then sapu spread tu.

So, bila bake this cracker, lambat je balang tu nak penuh. Lagi-lagi cookie ni thinly rolled bite size, macam makan krepek je ...
This recipe is a keeper...


RESEPI GARLIC CRACKERS

Bahan:

480 gm tepung jagung
240 gm tepung gandum serbaguna
40 gm gula
8 gm garam
4 tsp garlic powder 
240 gm butter
1 cup air sejuk
(kisar sedikit bawang putih dengan 1 cawan air sejuk jika tiada garlic powder)

Cara:

1. Panaskan oven pada suhu 180C.
2. Masukkan tepung2, garam, gula dan garlic ke dalam mangkuk adun.
3. Masukkan butter ke dalan campuran tadi, dan gaul hingga jadi seperti serbuk roti.
4. Masukkan air, uli sehingga adunan tidak melekat di tepi mangkuk.
5. Gentel jadi bebola halus dan leperkan nipis. Cucuk dengan garfu agar tidak mengelembung.
6. Bakar selama 10 min. Sejukkan sebelum dimakan.
Biskut nipis yang rangup....Sedap..

Thursday, November 20, 2014

AYAM GORENG BEREMPAH

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan:

1 ekor ayam ~ dipotong ikut suka
1 tbsp jintan putih
1 tbsp jintan manis
1 tbsp ketumbar
3-4 ulas bawang putih
2-3 ulas bawang merah
sedikit kunyit, garam

Cara:

1. Tumbuk semua bahan, perap pada ayam.
2. Goreng.

Wednesday, November 19, 2014

Nangka Muda Masak Lemak


RESEPI NANGKA MUDA MASAK LEMAK

Bahan-bahan:

sedikit nangka muda ~ direbus lembut
santan dari 1 biji kelapa
1 tbsp ketumbar biji ]
1 tsp jintan manis    ] dikisar halus
1/2 tsp jintan putih  ]
sedikit lada hitam
3-4 biji buah keras ~ tumbuk
1/2 inci kunyit hidup ~ tumbuk lumat
1/2 ici halia ~ tumbuk
1-2 tbsp cili kering kisar
sedikit buah pala ~ parut 
1/2 inci lengkuas _ tumbuk
5-6 ulas bawang merah ~ tumbuk
2 ulas bawang putih ~ tumbuk
sedikit garam

Cara:(bahan tumbuk boleh juga dikisar)

1. Tumis bahan tumbuk dengan sedikit minyak, hingga pecah minyak.
2. Masukkan rempah yg sudah dikisar/ tumbuk.
3. Masukkan santan, nangka & masak dengan api sederhana. Gaul jangan bagi pecah santan, biar mendidih.

Thursday, October 30, 2014

DAGING MASAK ASAM PEDAS MELAKA

My late sis in law selalu masak ni dulu-dulu. Tapi saya tak sempat nak salin resepi dari dia...Bila dah teringin ni kena la cari recipe sendiri...Alhamdulillah, this recipe tasted close to what I used to eat...Sedapp..

Baru-baru ni dapat daging qurban, macam2 la kita masak yea...Resepi asal dapat dari SINI.

RESEPI DAGING MASAK ASAM PEDAS


Bahan:
1/2 kg daging lembu/ tetel
sekepal asam jawa ~ ambil airnya 2 mangkuk
10 helai daun limau purut
2 batang serai ~ dititik
1 inci lengkuas ~ dititik
garam secukup rasa

Bahan untuk menumis ~ dihiris
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 camca halba
1/2 cawan minyak masak

Bahan giling lumat:
20 tangkai lada kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar jintan manis
1/2 camca besar jintan hitam
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

Cara:
1. Bersihkan daging, toskan.
2. Pijarkan minyak, masukkan halba, biarkan beberapa saat, kemudian tumis bawang yang dihiris. Kacau hingga wangi.
3. Masukkan bahan giling, masak hingga garing. Masukkan daging, lengkuas dan serai. Masak sehingga daging empuk. Jika perlu, tambah sedikit air. Tutup periuk.
4. Setelah daging empuk, masukkan air asam jawa, garam dan daun limau purut. Biarkan hingga kuah mendidih.

Monday, October 27, 2014

CISKUT



Zulaikha dah hafal recipe ciskut ni. Memang dia je yang buat, adik2 jadi assistant je. Yang lain2 tolong makan....

RESEPI CISKUT

Bahan:
1 peket biskut cream crackers/deluxe cap ping pong(ape2 pun blh)
1/4 tin susu pekat
1 cawan non dairy whipping cream ~ kalau takde guna 2 cup susu segar
250gm cream cheese
sedikit serbuk koko

Cara:
1. Putar dengan whisk/mixer cream cheese dengan susu pekat hingga sebati.
2. Masukkan whipped cream. Pukul lagi hingga kembang.
3. Rendamkan biskut sedikit2 dalam susu segar, dan susun satu lapis dalam acuan/bekas.
4. Lapiskan sedikit bancuhan cream cheese tadi. Tabur sedikit serbuk koko.
5. Ulang langkah 3-4 hingga biskut dan cream habis.
6. Sejukkan dalam peti ais selama 3-4 jam/ semalaman sebelum dihidang.
Ada budak rajin nak tolong ibu isi inti karipap

Sunday, October 26, 2014

KARI DAGING MAMAK STYLE

Ada balance daging korban dalam freezer, selalunya masak sambal or dendeng je. Tapi ada budak kecik ni kata dah lama ibu tak masak kari...Sebenarnya, memang jarang masak kari, unless nak buat roti jala ke..

So, dengan bantuan makcik google, jumpa la resepi ni..macam best je.

Dah masak, semua kata sedap...he he..boleh la jadi koleksi untuk rujukan later on..Masak dalam belanga/periuk tanah..


Meh salin resepi nya.

Resepi Kari Ayam Mamak Style

Bahan:
1 kg daging ~ hiris nipis & rebus dahulu biar empuk.
Jika guna ayam tak perlu direbus dahulu, potong kecil ikut suka
3 biji Ubi kentang ~ potong empat/separuh
3/4 santan atau susu cair
Sedikit garam

Bahan A:
10 ulas bawang putih
3 inci halia
~ kedua-dua diblender

Bahan B
1 biji bawang besar ~ dihiris
4 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang

Bahan C
2 biji tomato
2 batang serai ~ diketuk
2 helai daun pandan

Bahan D
8 tbsp kari daging Babas
1/2 tsp serbuk kunyit
sedikit serbuk cili kering ~ ikut kepedasan memasing
~ gaul semua dengan sedikit air untuk jadi pes

Cara:
1. Tumis bahan A hingga naik bau, masukkan bahan B & C.Biar hingga daun kari agak garing sedikit.
2. Masukkan daging dan ubi kentang, gaul rata & tutup periuk. Masa menumis daging ni mesti anda akan mula terbau aroma wangian masakan ni.Ini la ramuan rahsia. sebab tumis dengan serai & pandan. 
3. Tumis lebih kurang 3 minit. Pastikan anda masak dgn api perlahan.
4. Masukkan sedikit air, dan tutup periuk semula. Biarkan lebih kurang 5 minit atau sehingga air aroma daging/ayam tu keluar
5. Bila air kuah dah mendidih, baru masukkan bahan D & E. 
6. Masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati. ingat selalu tutup periuk dan masak dgn api perlahan. 
7. Bila daging dah empuk, barulah masukkan santan, biarkan kuah ni mendidih dan semua ramuan ni cukup masak dan sebati, dan bolehlah dihidangkan.



Thursday, October 16, 2014

ORANGE CAKE

A friend shared this delicious cake recipe...




ORANGE CAKE RECIPE

Ingredients:

250 gm butter ~ softened
1 cup caster sugar
1 2/3 cup self raising flour
4 large eggs
2 orange ~ take the zest & juice

Method:


  1. Beat butter and sugar till light and fluffy.
  2. Add egg one at a time, and beat till well incorporated.
  3. Add orange zest and mix well.
  4. Fold in 1/3 of flour and mix well.
  5. Add 1/2 of the juice and mix again.
  6. Repeat step 4 & 5 till finish.
  7. Pour batter into a greased tin, lined with baking paper.
  8. Bake in a preheated oven at 175C for 45 minutes or until cake tester inserted comes out clean

Monday, October 13, 2014

Kuih Sagu

Baru-baru ni masa tengah nak clearkan cabinet dapur, jumpa 2 paket sagu belum buka lagi. Dah lama tak buat kuih sagu/bronok ni, last masa ramadhan rasanya..

Sekali bila dah masak, dah siap salut kelapa, berebut pulak anak-anak makan..Sekejapan dah licin...kena cari kelapa parut lagi ni, sagu ada sepaket lagi..boleh perabis sebelum expire..


Kali ni kita kukus pulak, instead masak atas api.Original recipe dari SINI.Resepi yang mudah je untuk disediakan..

RESEPI BRONOK @ KUIH SAGU (KUKUS)

Bahan-bahan
  • 1 gelas sagu biji kecil
  • 2 1/2 gelas air 
  • 1/2 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih 
  • 1 sudu kecil garam
Cara-cara
  1. Panaskan air & pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, gaul rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya.
  5. Apabila sudah masak, sejukkan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa.

Sunday, October 5, 2014

Semperit


Ni first time guna acuan tembaga bunga pecah 15. Kawan dari penang tolong belikan, jauh mai tu. Tq maz.

Resepi Biskut Semperit

Bahan: 
5 oz butter (142gm)
1 biji telur
1/2 tsp baking powder
3 oz gula halus (85gm)
2 oz tepung jagung (57gm)
3 oz tepung kastad (85gm)
6 oz tepung gandum (170gm)

Cara:

1. Pukul butter dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur, pukul hingga rata.
3. Masukkan baking powder & tepung2 sedikit demi sedikit hingga rata.
4. Masukkan dalam acuan semperit, tekan keatas dulang pembakar.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu, pada suhu 160C selama 14 minit.  

Salam Aidil Adha


Saturday, October 4, 2014

Butter Vanilla Cupcake


Merekah pulak cupcake ni kali ni. Takpe, kita buat lagi next time. Kalau dibiarkan semalaman baru makan, gebus sangat...enjoy the recipe...Original recipe dari SINI


BUTTER VANILLA CUPCAKE

Bahan:
3/4 cawan  butter (6oz) ~ suhu bilik
3 biji telur ~ suhu bilik
2 1/2 cawan all purpose flour 
1/2 tsp garam
1 1/2 cawan gula kaster 
3 sk vanilla 
1 1/4 cawan susu ~ ditambah 2 tsp perahan lemon 
2 1/2 tsp baking powder

Cara:
1.Panaskan oven pada suhu 170C. 
2.Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.
3.Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. 
4.Masukkan gula dan putar sebati. 
5.Masukkan telur sambil terus diputar.
6.Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Let's hear...